Penulis: Muhd Mansur Abdullah
Cerita Patung Beruang:
Ini adalah naskah ke-3 yang berjaya Patung Beruang selesaikan pada tahun ini, Alhamdulillah. Sebenarnya, Patung Beruang sudah tamat membacanya pada 5 February, cuma baru hari ini ada ruang untuk berkongsi disini. Maaflah ye..
Beberapa minggu kebelakangan ini memang agak mencabar. Patung Beruang sibuk dengan tugas hakiki sama ada planned atau ad hoc assignments. Dalam masa yang sama, ada juga beberapa stakeholders yang memerlukan my consultations. 3 stakeholders from 3 different organisations.
Jadual Patung Beruang memang padat. Sampai ada yang sanggup bertemu di Zus, di bawah condo Patung Beruang ini, selepas waktu kerja. Sabar saja lah, hehehe...
Appointment with the last stakeholder pula Patung Beruang tunaikan pada hari Sabtu, hari terakhir sebelum Patung Beruang pergi vacation. Mengikut perancangan asal, our session should be 2 hours only. Unfortunately, situasi dan risks yang dibincangkan jauh lebih kritikal daripada jangkaan. Makanya, session tersebut berlangsung lebih 4 jam. Masih ingat lagi, hari Sabtu tersebut Patung Beruang pulang ke rumah dalam keadaan terlalu letih. Energy benar-benar habis. Selesai saja solat Isyak, seawal 9.15 malam Patung Beruang sudah tidur.
Kisahnya Naskah Ini:
Novel Saudagar Impian ini Patung Beruang ambil masa kurang seminggu untuk selesaikan pembacaannya. Dengan ketebalan 359 mukasurat dan sarat dengan monolog, Patung Beruang memilih kaedah speed reading. Yang penting, plot-plot penting untuk cerita ini tetap dapat ditangkap, hehehe..
Naskah ini mengangkat beberapa watak utama iaitu:
- Encik Kadir - usahawan dan pemilik Syarikat Lombongmas Sdn. Bhd. Sebelum itu, Encik Kadir berkhidmat di External Energy Groups sebagai Pegawai Pemasaran.
- Jali - anak tunggal Encik Kadir. Graduan universiti di USA. Sekembalinya ke Malaysia, Jali dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Syarikat Lombongmas. Tugas utamanya adalah menguruskan syarikat, memastikan syarikat mencatat keuntungan tinggi dan mengalahkan pesaing mereka, External Energy Groups.
- Dato' Azmi - pemilik External Energy Groups.
- Annie - anak Dato' Azmi, rakan seuniversiti Jali di USA.
- Eddy - rakan seuniversiti Jali dan Annie. Ayahnya, Encik Khalid adalah rakan kongsi Dato' Azmi. Eddy kini CEO External Energy Groups.


No comments:
Post a Comment