Sunday, January 12, 2020

Victoria & Abdul : Persahabatan Merentasi Sempadan

Assalamualaikum wbt

Ini adalah catatan pertama Patung Beruang untuk tahun 2020 ini. 
Setakat hari ini, sebuah buku pun masih belum Patung Beruang habiskan pembacaannya untuk tahun 2020 ini. Bukanlah sengaja tapi Patung Beruang tak mampu nak focus dengan pembacaan disebabkan oleh demam, selesema dan batuk yang menyerang.  Jadi proses pembacaan berjalan dengan agak perlahan, huhu.. 

Kebiasaannya, malam selepas makan ubat, Patung Beruang akan terus lena tak sedarkan diri sehinggalah pagi. Ketika perjalanan pergi dan pulang dari ofis pula Patung Beruang lebih selesa untuk layan Netflix just to kill time. 

Semalam, Patung Beruang selesai menonton filem bertajuk Victoria and Abdul. Filem yang ditayangkan pada tahun 2017 ini dibintangi oleh Judi Dench dan Ali Fazal. 

Mengambil latar belakang tahun 1880-an, filem ini mengisahkan persahabatan Queen Victoria dan Abdul Karim, seorang muslim yang bertugas sebagai kerani penjara di India.

Cerita bermula apabila Abdul Karim diarahkan untuk pergi ke England bagi menyampaikan mohur kepada Queen Victoria sempena Queen's Golden Jubilee pada tahun 1887.

Mohur yang berupa sekeping coin emas yang ditempa khas adalah lambang penghargaan dari kerajaan British yang memerintah India ketika itu. 

Penyampaian mohur tersebut berjalan lancar. Queen yang kesunyian dan bosan dengan rutin harian beliau yang penuh protokol, tertarik dengan keunikkan budaya dan kesopanan masyarakat India yang ditunjukkan Abdul. Maka, bermulalah persahabatan antara keduanya. 

Queen Victoria menghadiahkan Abdul seutas rantai yang berloketkan potretnya. Queen juga mengarahkan agar Abdul pulang ke India untuk menjemput ahli keluarganya datang ke England. Abdul dilantik menjadi Munshi (guru) sekaligus penasihat kepada Queen serta meminta Abdul mengajarnya bahasa Urdu dan Al-Quran. 

Kedudukan Abdul yang istimewa disisi Queen tidak disenangi oleh mereka yang berada di istana. Kemuncaknya adalah apabila Queen menyuarakan hasrat untuk menganugerahkan knighthood kepada Abdul. Hasrat tersebut ditentang hebat oleh para aristokrat dan pentadbir istana sehingga mereka mengugut untuk meninggalkan istana sekiranya Queen meneruskan hasratnya itu. 



Filem ini sangat simple. Persahabatan yang merentasi sempadan, bangsa, agama dan pangkat, sehingga akhirnya Queen menganggap Abdul seperti anaknya sendiri. 

Sayangnya persahabatan yang simple dan straight forward ini tidak disenangi oleh mereka yang berada di sekeliling Queen. Mereka merasakan Abdul merampas kedudukan mereka disisi Queen. Pelbagai cara dibuat agar persahabatan Queen dan Abdul terputus. 

Seperti seorang ibu yang sentiasa melindungi anaknya dengan sepenuh hati, Queen meminta Abdul segera pulang ke India apabila kebencian orang disekeliling semakin terserlah. Permintaan itu dibuat kerana Queen merasakan  itulah jalan yang terbaik untuk melindungi Abdul dan keluarganya dari terus disakiti. Namun Abdul bertegas untuk berada disisi Queen sehingga ke akhir hayatnya.....

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...