Sunday, February 10, 2019

Makna Bahagia ...

Assalamualaikum wbt..

Hari ini 10 February 2019, hari Ahad. Ini adalah entry cerita kehidupan yang pertama untuk tahun ini. Sekejap sahaja sudah masuk tahun 2019. Betapa masa berlalu begitu pantas tanpa dapat ditahan-tahan. 

Nampaknya esok 11 February, keadaan akan kembali seperti biasa. Budak-budak akan kembali mula bersekolah dan orang yang bekerja juga akan kembali mula bekerja setelah menjalani hujung minggu yang sangat panjang. Sudah pastilah traffic juga akan kembali sesak seperti kebiasaannya.. 

4hb February hari itu, hari Isnin, Patung Beruang bekerja tau, tatkala ramai orang bercuti. Macam tak percaya je kan? hehe..  

Yelah, untuk kami yang bekerja di KL, long weekend bermula dari hari Jumaat 2 minggu yang lepas, 1hb February. Selepas itu, public holiday sempena Chinese New Year pula pada 5 dan 6 February. Maka, tidak hairanlah jika ramai yang bercuti pada 4hb sebab mereka boleh dapat total 6 hari straight.

Patung Beruang pulang ke Melaka hari Jumaat 1hb tersebut. Selepas subuh dah bertolak. Alhamdulillah, traffic was smooth. 

Sampai sahaja di rumah, teruslah bersarapan dengan parents. Dan selepas itu, kami keluar semula sebab Patung Beruang nak pergi pejabat kerajaan untuk bayar cukai pintu, cukai tanah, buat pertukaran alamat semua lah. Seronoknya cuti ketika pejabat kerajaan buka. Banyak urusan dapat diselesaikan. Alhamdulillah. 

Sepanjang hujung minggu itu, cuaca di Melaka sangat panas. Seisi rumah demam walaupun dah minum air lebih dari kebiasaan dan kurang keluar rumah. Sabar saja lah. Bila difikir semula, sakit itu kan penghapus dosa. Semoga dengan kesabaran kami diuji kesakitan ini, Allah menghapuskan dosa-dosa yang kami pikul selama ini, sama ada disengajakan atau tidak. 

Ahad petang iaitu pada 3 February, seperti dijangka Patung Beruang rasa malas sangat nak pulang ke Selangor. Kalau boleh, tak nak balik. Tapi bila mengenangkan yang keesokannya Patung Beruang bekerja, terpaksalah gagahkan juga diri ini untuk pulang. 

Selepas Asar Patung Beruang bertolak dan akhirnya sampai di rumah ketika azan Maghrib. Kenderaan di lebuhraya banyak tapi masih lancar. 

Dan pada 4hb pula, seawal 7.40 pagi Patung Beruang dah sampai di ofis. Tak sabar rasanya nak siapkan kerja cepat-cepat supaya Patung Beruang boleh pulang tepat pukul 5 petang dengan rasa senang hati, hehe.. 



Kerja, kerja dan kerja. Akhirnya, jam pun menunjukkan ke angka 5. Patung Beruang save kerja elok-elok dan buat copy dalam external hard disk. So, tak perlulah Patung Beruang nak bawa balik laptop ofis. Pukul 5.15 petang, terus beredar dan bermulalah perjalanan untuk pulang ke Melaka semula. Hooray....

Dan cuti CNY pun bermulalah. Patung Beruang hanya kembali ke ofis pada Jumaat, 8 February. Itu pun, kalau ikut hati nak saja sambung cuti. Tapi mengenangkan yang hari itu Patung Beruang ada Risk Management Committee meeting yang pertama untuk 2019 ini, terpaksalah gagahkan juga untuk hadir ke pejabat. Kenapalah Secretary set tarikh ini untuk buat meeting? Dia tak tahu ke yang orang masih lagi dalam mood bercuti, huhu... Adoi... 

Seperti biasa, bila dah sampai pejabat, otak ni mulalah ligat. Ada je kerja yang hendak disiapkan. Diam tak diam, pukul 7.30 malam baru Patung Beruang keluar ofis. There goes my Friday.. 

Weekend ini nothing much happened. Patung Beruang hanya berkurung dirumah, kemas rumah, laundry, beli groceries, menjamu stray cats yang datang bertandang ke rumah ini, beli buku dan baca buku. Sempatlah habiskan sebuah buku berbahasa Melayu. Menarik bukunya. Insya Allah, nanti Patung Beruang kongsikan disini ye. 

Bila tinggal bersendirian di rumah ini, banyak perkara yang buat Patung Beruang terfikir. Antaranya tentang kehidupan ini, ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup ini.

Bertahun-tahun tinggal bersendirian membuatkan Patung Beruang mudah untuk adapt dengan persekitaran yang mungkin bagi orang lain sangat membosankan. 

Definisi bahagia buat Patung Beruang sangat simple...

Dapat mendirikan solat dengan tenang, tanpa tergesa-gesa, itu adalah kebahagiaan. Menghabiskan masa di atas sejadah, meluah cerita dan rasa pada-Nya. Terasa seperti masa terhenti seketika. 

Dapat mengaji,  walau hanya satu mukasurat,  juga adalah kebahagiaan. Benarlah,  Al Quran itu adalah mukjizat. Kita membacanya  berulang-ulang tanpa jemu.  Setiap kali mengaji,  pasti ada benda baharu yang akan Patung Beruang pelajari. 

Dapat duduk di rumah dengan tenang, aman dan damai, itu juga adalah kebahagiaan.

Dapat pulang ke Melaka, jumpa parents, bercerita dan makan bersama, walau sebentar, juga adalah satu kebahagiaan. 


Dapat bermain dan bercakap dengan Kembang dan Kontot, juga satu kebahagiaan. 
Walau hakikatnya, mereka tak reti nak menjawab setiap apa yang Patung Beruang luahkan pada mereka. 

Melihat stray cat menunggu depan rumah, tatkala Patung Beruang pulang dari kerja, juga satu kebahagiaan. 
Itu sebabnya dalam peti sejuk Patung Beruang, Insya Allah sentiasa ada wet food untuk tetamu-tetamu cilik ini. In case, wet food dah habis, Patung Beruang ada simpan kibbles juga. 

Adakalanya tetamu cilik ini dah tunggu Patung Beruang sejak Patung Beruang melangkah keluar dari kereta lagi. Selepas itu, kami akan berjalan bersama menuju ke rumah. Bila Patung Beruang buka je pintu, dia yang melangkah dulu ke dalam, amboi... Lepas itu, dia buat-buat terperanjat pula bila tiba-tiba ada seekor kura-kura melintas didepan dia. Hehe... what a funny cat. 

Dapat melawat kedai buku, walau hanya satu jam atau setengah jam, dan pulang dengan sebuah atau 2 buah buku ditangan, juga satu kebahagiaan. 

Dapat duduk diam-diam, membaca buku sambil peluk Bibi, pun satu kebahagiaan. 

Dapat keluar dinner dengan adik-beradik, tak kisahlah seorang ataupun lebih, pun satu kebahagiaan. Walaupun hanya beberapa jam dan selepas dinner, semuanya pulang ke rumah masing-masing. Itu sudah cukup menggembirakan Patung Beruang. 

Pada waktu lewat petang, mendengar Teddy Bear membebel di telefon, ketika dia pulang dari kerja, juga satu kebahagiaan. Walaupun kebiasaannya benda yang dibebelkan itu tiada kena mengena langsung dengan Patung Beruang, hehe.. At least, ada juga orang yang sudi untuk telefon dan bercerita dengan diri ini. As usual, Patung Beruang hanya menjadi pendengar yang setia. That's enough for me. 

Dapat bangun dari tidur, setiap pagi, dalam keadaan sihat, juga satu kebahagiaan. Bahagia dan bersyukur kerana Allah masih pinjamkan satu hari lagi untuk diri ini bertebaran diatas bumi ini. 

Dapat bekerja dalam bidang yang kita suka juga satu kebahagiaan. At least, Patung Beruang tahu apa yang Patung Beruang lakukan. Patung Beruang nampak objektif, target dan hala tuju yang jelas. Bukannya bekerja for the sake of money. Tetapi bekerja untuk membina legasi. 

Sebenarnya, banyak perkara yang membahagiakan dalam hidup ini. Antara sedar atau tidak. Walau hanya benda yang simple, tapi mungkin ia simple pada mata orang lain, namun besar ertinya pada mata kita. 

Jujurnya, beberapa hari ini Patung Beruang rasa melancholy. Patung Beruang tahu dan sedar punca sebenar hadirnya perasaan itu. Puas dipujuk hati ini agar abaikan sahaja peristiwa yang berlaku, lupakan saja tutur kata yang mengganggu. Malangnya, ia tetap hadir tanpa dipinta. 

Sukar rupanya untuk merawat hati dan jiwa yang sedang cedera ini. Sedangkan pihak disebelah sana, saat ini mungkin sudah lupa apa yang dituturkannya. 

Sabarlah. Patung Beruang kan seorang muslim. 
Seorang muslim itu kena bersabar. 
Seorang muslim itu kena kuat menahan marah, kuat menahan kesedihan. 
Dan seorang muslim itu kena kuat jiwanya dan hatinya. 
Kerana terlalu banyak nikmat yang Allah berikan dalam mengisi makna bahagia buat diri ini...

Saturday, February 2, 2019

Book Review: Kemudi (Almayer's Folly)

Tajuk : Kemudi (Almayer's Folly)

Penulis : Joseph Conrad

Penterjemah : Hamidah Hassan & Morne Hashim 

Menariknya Naskah Ini: 

Ya Allah, lamanya Patung Beruang tidak menulis Book Review disini. Maaflah ye, masa Patung Beruang memang tidak mengizinkan untuk Patung Beruang mencoret disini walau sepatah dua. Namun, Patung Beruang masih mampu membaca dan menghabiskan beberapa buah naskah sepanjang Patung Beruang menyepi. Rasa rindu sangat nak menulis disini...

Baiklah.. Let's start our journey on this awesome masterpiece.. 

Kemudi adalah karya terjemahan dari naskah asal  yang bertajuk Almayer's Folly yang diterbitkan pada tahun 1895. 

Naskah ini membawa kita kepada suasana di kepulauan Borneo pada tahun 1800, yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan suku kaum, sama ada orang tempatan ataupun bangsa penjajah. 

Kemudi membawa pembaca untuk mengenali Kaspar Almayer, seorang lelaki Belanda yang terlalu taksub dengan kepercayaan bahawa terdapat harta karun yang tersembunyi di kepulauan Borneo itu. Almayer berkahwin dengan seorang gadis Melayu yang merupakan anak angkat kepada majikan Almayer, bernama Tuan Lingard. 

Gadis Melayu ini sebenarnya diselamatkan oleh Lingard ketika peperangan yang telah meragut nyawa ibu bapanya sendiri. Setelah diselamatkan oleh Lingard, gadis Melayu ini dibela dengan penuh kasih sayang dan dibawa belayar bersama. Lingard merasakan yang Almayer adalah lelaki terbaik yang dapat menjaga anak angkatnya ini dengan sebaik mungkin. Maka, mereka pun dikahwinkan.

Bagi Almayer pula, dia hanya bersetuju untuk mengahwini gadis ini kerana menyedari yang Lingard mempunyai harta yang banyak dan bakal diwarisi oleh gadis tersebut. Bagi Almayer, bangsa kulit putih adalah bangsa yang terbaik dan bertamadun, dan orang Melayu tidak sekali-kali mencapai taraf yang sama dengan mereka.

Perkahwinan Almayer dan gadis Melayu ini menghasilkan seorang anak perempuan, bernama Nina. Ketika membesar, Nina dihantar ke Singapura untuk tinggal bersama orang Belanda di sana. Niat Almayer hanya satu, untuk memastikan Nina membesar menjadi seorang gadis kulit putih dan bukannya gadis Melayu. Almayer berusaha keras, mengumpul kekayaan untuk membolehkannya membawa Nina pulang ke Belanda dan menetap disana. 

Nina membesar sebagai seorang gadis yang cantik rupa parasnya, berlainan dari tipikal gadis orang putih yang ada di Singapura pada masa itu. Namun, kecantikannya tidak mampu untuk membantunya untuk bercampur dengan masyarakat kulit putih disana. Nina yang berdarah kacukan, tetap dipandang rendah dan sering dihina, sama seperti orang tempatan. 

Nina pulang ke kepulauan Borneo dan meneruskan kehidupannya bersama ibu bapanya. Nina mula menyedari yang perkahwinan ibu bapanya tidak bahagia. Mereka sering bertelagah walaupun kerana perkara yang remeh. Ibunya sangat membenci Almayer kerana keturunannya. Ibunya merasakan orang Belanda yang menyebabkan kepulauan Borneo kacau bilau dan meragut nyawa ahli keluarganya. Almayer juga membenci isterinya kerana merasakan mereka tidak setaraf.

Pada suatu hari, sekumpulan lelaki Melayu, golongan bangsawan hadir ke rumah Almayer. Kumpulan ini diketuai oleh Dain Marolla, seorang putera raja yang ditugaskan untuk memerangi tentera Belanda. Tujuan kedatangan mereka ke rumah Almayer adalah bagi memujuk Almayer untuk menjual serbuk letupan kepada mereka. Almayer bersetuju dengan permintaan Dain dengan syarat Dain membantu Almayer untuk mencari harta karun yang tersembunyi di kepulauan tersebut. 

Tanpa disedari oleh Almayer, Dain dan Nina saling jatuh cinta. Percintaan pasangan muda ini direstui oleh isteri Almayer kerana baginya lelaki kulit putih tidak boleh diharap dan tidak pernah menghargai orang lain selain dari bangsa mereka sendiri. Isteri Almayer mula merancang agar Dain membawa Nina keluar dari kepulauan Borneo dan seterusnya meninggalkan Almayer. 

Dalam masa yang sama, Dain dan rakan-rakannya mula merancang untuk menyerang tentera Belanda, bagi menghalau bangsa tersebut keluar dari kepulauan Borneo. 

Adakah berjaya perancangan Dain dan rakan-rakan untuk memerangi tentera Belanda?

Sampai bila percintaan Nina dan Dain dapat disembunyikan dari Almayer?  Bagi Almayer, hanya lelaki kulit putih sahaja yang layak untuk menjadi pasangan hidup Nina. Dain juga tidak layak walaupun dirinya adalah seorang putera raja. 




Novel Kemudi ini pernah difilemkan dengan tajuk Hanyut. Dan jika tidak silap, watak Nina dipegang oleh Diana Danielle, dan Dain Marolla pula dibawa oleh Adi Putra. Jujurnya Patung Beruang tidak pernah menonton filem tersebut. Hanya menonton trailer sahaja. Oleh sebab itu, ketika Patung Beruang membaca naskah ini, setiap kali muncul watak Nina, Patung Beruang akan terbayangkan DD dan wajah Adi Putra pula apabila munculnya Dain Marolla, heheh..  

Naskah ini agak berat jalan ceritanya kerana ia banyak menonjolkan konflik emosi setiap watak. Jalan ceritanya tidak lah straight forward seperti yang disangka. Setiap watak itu mempunyai kisah tragis mereka yang tersendiri dan kisah tragis itu lah yang membentuk character mereka. 

Contohnya, watak gadis Melayu yang menjadi anak angkat Tuan Lingard dan isteri Almayer. Gadis ini membesar sebagai seorang yang pendendam terhadap orang kulit putih.  Dendam itu semakin hari semakin membara sehingga gadis itu sangup buat apa sahaja bagi memastikan Tuan Lingard jatuh ketangannya dan menyanyangi tanpa syarat. Setelah berkahwin dengan Almayer, gadis ini tanpa segan silu meluahkan dan menunjukkan perasaan bencinya terhadap Almayer dan semua lelaki kulit putih. Dendam dan kebencian itu akhirnya memakan dirinya sendiri sehingga Almayer sering menganggap yang isterinya itu gila. 

Nina pula agak trauma dengan pengalaman hidupnya di Singapura. Dan trauma itu membuatkannya menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki kulit putih kecuali ayahnya sendiri, Almayer. 

Ending naskah ini agak meruntun perasaan Patung Beruang. Walaupun tidaklah sampai mengalirkan air mata namun Patung Beruang jadi beremosi tatkala membaca babak dimana Almayer meluahkan kesakitan jiwa dan emosi yang dipendamnya selama ini, dimana akhirnya Almayer membuktikan betapa kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuannya adalah terlalu luas sehingga sanggup mengorbankan perasaannya, hatinya dan egonya sendiri.... 

It's true that the reason daughter loves her dad so much is that there at least one man in the world who will never hurt her...


p/s: I love you, Ayah.... 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...