Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan pada tahun ini sedangkan ramai lagi makhluk Tuhan telah kehilangan kesempatan ini.
Setiap hari, diri ini tertanya adakah akan diberi kesempatan untuk bertemu sehingga ke penghujung Ramadan dan berpeluang meraih malam istimewa melebihi 1000 bulan?
Atau mungkinkah hanya sekadar di pertengahan Ramadan?

Serta tatkala tiba di penghujung Ramadan, adakah masih diberi kesempatan untuk bertemu di tahun hadapan?
Atau mungkin sudah sampai masanya untuk kita pulang?

Setahun itu berlalu terlalu pantas. Dan di dalam setahun itu terlalu banyak peristiwa yang berlaku, perubahan demi perubahan yang mengubah rona kehidupan kita. Hari ini diatas, esok mungkin berada di dasar gaung, hari ini bernafas, esok mungkin dihadapan Mungkar dan Nangkir meratap meraung.
Terasanya Ramadan kali ini agak canggung. Perubahan suasana, persekitaran, kehidupan di sekeliling.
Adakah perubahan yang lebih baik? Jawapannya ada pada diri kita.
Ibarat melihat gelas yang berisi air di takat separuh sahaja, adakah gelas itu separuh berisi ataupun separuh kosong? Gelas yang sama, situasi yang sama, namun mempunyai 2 jawapan bergantung kepada persepsi kita. Jika optimis, maka dikatalah yang gelas itu separuh berisi. Jika pesimis, terlihatlah yang gelas itu separuh kosong.
Ini pemikiran kita sendiri, tiada betul dan tiada salah. Tiada paksaan untuk kekal dengan satu corak pemikiran namun tidak salah juga andai kita berfikir perkara yang baik-baik sahaja.
Bukankah hidup ini berkait rapat dengan Law of Attraction? Maknanya, kita akan menarik apa yang sering kita fikirkan. Oleh itu, ayuh fikirkan perkara yang baik-baik sahaja agar yang datang pada kita semuanya positif belaka.
Perubahan yang datang ini terlalu mendadak.
Ibaratnya sekelip mata. Ramai yang terpinga-pinga, betulkah situasi sudah berubah?
Adakah masa depan juga akan turut berubah?
Wacana ilmu bertebaran, malah hampir di keseluruhan dan di setiap hari. Masing-masing yakin membentangkan hujah dan fakta, atau mungkin juga auta?
Ya, siapakah yang sempat menyelidik setiap butir bicara yang keluar dari ahli panel?
Masa kian suntuk, sedangkan buah fikiran masih belum habis dikeluarkan sepenuhnya.
Penonton teruja, penerbit gembira.
Namun, awas, berbicara memang seronok, tetapi jangan sampai menjadi fitnah. Ibaratnya bau busuk, tidak berbangkai. Akibatnya, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.
Cerita memang asyik, jangan sampai ia terbang ke langit tinggi. Tinggi sehingga mampu dihadam hanya oleh ahli mimpi.
Tidak kurang juga yang ghairah mengkritik.
Ironinya, the pot calling the kettle black.
Berilah peluang pada mereka.
Itu saja tutur yang mampu diberi kepada seorang sahabat.
Kita ibarat semut kecil, satunya tiada berkesan, banyaknya meninggalkan kesakitan.
Lupakah kita, gigitan seekor semut kecil itu tidak akan terasa oleh manusia. Malah, ditekan dan dikuis ketepi sahaja.

Ramadan tahun ini pasti meninggalkan kesan. Walau agak janggal rasanya namun kehidupan harus diteruskan.
Ghairahnya hanya sehari dua, seminggu dua dan mungkin sebulan dua. Selepas itu, keadaaan kembali normal. Bertebaranlah di Bumi Allah ini demi mencari penghidupan. Bukankah dimana ada batang mati, disitulah tumbuhnya cendawan?