Assalamualaikum..
Nampaknya ini adalah catatan pertama
Patung Beruang untuk bulan December ini.
Kini, tinggal lagi 7 hari sahaja untuk
Patung Beruang menikmati tahun 2018. Jika panjang umur, sempatlah berjumpa
dengan 2019. Jika tidak, sampai disini sahajalah.
Oh ye, Happy Belated Birthday, Patung Beruang…. Yang ke berapa? Hm….shhhh..
Birthday tahun ini, tiada apa pun yang
menarik.
Jatuh pada hari Rabu, dan as usual, Patung Beruang menikmatinya seorang
diri.
Petang, Patung Beruang dinner dengan Iman di Nu Sentral. Dinner yang
simple tapi mengenyangkan. Yelah, dari pagi Patung Beruang tidak jumpa nasi.
Jadi bila petang tu terasa sangat yang perut ini menjerit-jerit meminta makanan,
hehe.
Selepas solat Maghrib, kami pergi Secret Recipe. Makan kek sambil sambung
berbual.
Nothing much happened on that day. Just
two siblings had a nice chat, talked about our work and life.
Honestly, Patung Beruang grateful sangat
yang walaupun adik-beradik kami tidak ramai, we try to spend some time for each
other.
Sudahlah tidak ramai, terpisah pula, tinggal berjauhan demi tuntutan
tugas.
2018 mempunyai pelbagai cerita dan pengalaman yang Patung Beruang tidak akan lupakan.
2018 we received new family
member, Fazli. Welcome to our family, mate. He is a nice guy, well educated and
from a good background. Honestly, his love story with Kak Chik is unique. He in
KL and she in Sabah. Terpisah oleh Laut China Selatan.
Penghujung Ramadhan, Kak Chik dapat
jawapan yang permohonan pertukarannya ke Semenanjung diluluskan oleh
Kementerian Kesihatan.
Alhamdulillah.
Allah listened to our prayers.
Pulang ke Semenanjung, she told me about
Fazli. My advice very simple, if both of you think this is jodoh, lets meet out
parents.
The next day, Fazli brought her to Alor Gajah, meeting his parents.
And an hour after that, this couple came to our house, meeting our parents
pula. That was the 1st time Fazli came to our house.
A week after that, Fazli came to our
house for the 2nd time. But, this time with his family. Earlier
planning is just for ice breaking. However, his family brought the ring, hence,
both of families decide this couple untuk bertunang terus.
No grand ceremony,
just a special lunch for both families.
Unfortunately, none of our siblings
were at home on that day to help Kak Chik. We apologised Kak Chik. All of us
had a tight work schedule, huhu..
Subsequently, she posted in our whatsapp
group, a picture of she’s wearing the ring, with a caption, “I’m engaged”..
Alhamdulillah.. Everything went well.
Maka, bermulalah persiapan untuk majlis
perkahwinan Kak Chik.
It so obvious that she was struggle to
balance her day at hospital and the wedding preparation.
Bertugas di GH sangat
berbeza dengan District Hospital.
Mujur Kak Chik dulu spend 2 years of houseman
di GH, so dia dah biasa dengan keadaan GH yang hectic, beban kerja yang
melampau, kerenah pesakit dan juga pentadbir.
10 November 2018, this love bird selamat
dinikahkan dan majlis resepsi untuk both families berjalan lancar.
Alhamdulillah. The first wedding event in our family.
2018 also we lost one of our family
members.
Nek Cau pergi buat selama-lamanya, couple of weeks after wedding Kak
Chik.
Tiada sakit, tiada masalah, Nek Cau pergi dalam tidur, selepas menunaikan
solat Subuh.
Patung Beruang mengenali Nek Cau sejak
beliau masih tinggal di Singapura. Masih segar dalam ingatan, Patung Beruang
ikut ibu ayah pergi Singapura, pergi rumah Nek Cau, rumah Mak Long Limah,
melawat mereka. Kebiasaannya kami akan pergi pada bulan Syawal. Yelah, raya kan
sebulan..
Selepas suami Nek Cau meninggal dunia,
Nek Cau pindah ke Melaka. Menetap disini sehinggalah beliau menghembuskan nafas
terakhirnya.
Pagi itu, ketika di pejabat, Patung
Beruang terima whatsapp mengatakan Nek Cau dah meninggal.
Speechless sekejap.
I
don’t know how to react.
Suddenly, Murni called and the moment I answered,
Patung Beruang dengar Murni sedang menangis teresak-esak dihujung talian.
She
keeps on saying “Nek Cau dah takde, Nek Cau dah takde”.
Patung Beruang pun
kemas barang dan minta kebenaran untuk pulang.
Ketika Patung Beruang sampai di rumah
Nek Cau, jenazah sudah dibawa ke masjid. Selepas solat Asar, kami terus ke
tanah perkuburan. Urusan pengebumian berjalan lancar. Nek Cau disemadikan di
hujung kaki Nenek.
Nampaknya Nenek tidak keseorangan lagi selepas ini.
Ada adik
yang menemaninya sehingga hari dibangkitkan kelak.
2018 also I attended some courses for my
own satisfaction.
Tiada kaitan pun dengan kerja. Lebih kepada untuk Patung
Beruang divert attention sebentar dari dunia audit dan dunia korporat. Bagus juga
sebab Patung Beruang dapat banyak ilmu baru dan juga ramai kawan baru.
Oh ye, I am a certified translator tau.
Alhamdulillah…
Berdebar-debar rasanya masa nak tunggu
result.
Masa dapat tahu result dah keluar, Patung Beruang tidak berani nak
pergi ITBM untuk ambil sijil. Sebab takut kalau tak lulus mesti rasa kecewa
sangat.
So Patung Beruang contact orang ITBM, bayar postage fee dan minta
mereka poskan saja sijil dan transkrip Patung Beruang ke rumah.
Alhamdulillah, usaha selama 2 minggu,
mengharungi exam straight 7 jam tanpa break, dalam keadaan Patung Beruang demam
dan selesema, Patung Beruang berjaya juga melepasi exam ini.
Hari terakhir kelas, petang itu Patung
Beruang dah mula demam dan selesema.
Balik sahaja dari kelas, Patung Beruang
terus pergi farmasi untuk beli ubat. Sampai rumah, alas perut sikit, makan ubat
then terus tidur. Memang tak sedarkan diri langsung.
Sedar-sedar sudah pukul
4.30 pagi. Patung Beruang gagahkan juga untuk bangun dan buat revision sikit.
Lepas Subuh terus bersiap-siap pergi exam.
Sampai di kelas, semua classmates tegur
yang Patung Beruang nampak pucat sangat.
Of course, orang demam dan selesema,
what you expect? Hehehe..
1st paper adalah paper teory
selama 45 minutes. Oklah, Patung Beruang dah buat yang terbaik.
2nd part, adalah practical
dimana kami kena buat translation untuk 5 articles dari pelbagai genre dalam
masa 7 jam, tanpa henti.
Part ini paling mencabar kerana setiap genre itu ada
lenggok bahasa dan istilahnya yang tersendiri. Selain itu, Patung Beruang kena
fahamkan dulu setiap article itu sebelum boleh buat translation.
Oleh kerana tiada break selama 7 jam,
maka pandai-pandailah kita curi masa untuk makan dan solat sebentar.
Masa exam,
asyik dengar suara Patung Beruang bersin sahaja.
Dah makan ubat, dah pakai baju
panas, tapi masih lagi demam dan selesama ini tak nak pergi, huhu..
Patung Beruang ingat lagi article
pertama yang Patung Beruang jawab adalah article undang-undang. Ini kerana
article undang-undang sangat rigid dan complicated. Jadi, sudah semestinya
Patung Beruang kena spend lebih masa untuk menulis translation nya.
Article yang paling Patung Beruang suka
adalah sains & teknologi.
Patung Beruang tidak ingat topic apa yang
diberikan tetapi yang pasti Patung Beruang mempunyai serba sedikit pengetahuan
berkenaan topik tersebut dan ia membantu untuk Patung Beruang lebih memahami
article berkenaan.
Dan I enjoy translate that article. Benda yang kita faham,
memanglah seronok kan?
Tahun 2019 nanti, jika ada umur dan ada
rezeki, Patung Beruang nak hadiri kelas yang lain pula.
Seperti biasa, kelas
yang tiada kaitan dengan audit atau korporat.
Kelas untuk diri sendiri.
Kelas
apa? Hm.. sabar ye. Sampai masa nanti, baru Patung Beruang umumkan.
2018 juga Patung Beruang berhijrah ke
tempat baru. Alhamdulillah.
Destinasi kali ini adalah marine
industry.
Industry yang baru buat Patung Beruang walaupun Patung Beruang pernah
membaca dan mengikuti perkembangan industry ini ketika di MMC dahulu.
One thing yang Patung Beruang suka
sangat disini adalah I can control my output, I can control my schedule, I can
control my work.
Industry ini sangat dinamik tetapi
menarik untuk dipelajari.
As usual, every time I’m wearing auditor’s cap, I
keep on reminding myself, we are partner to management, we want to help in
improving the Company. Yes, we are the eyes and ears of BOD but we only state
facts and supported with evidence.
How long I will be here?
As long as I can help them, I’ll stay.
As long as they want to help themselves,
I’ll stay and support them.
As long as my BOD have trust on me, I’ll
stay and serve them the best.
And as long as I think I can contribute
more to the Company, I’ll stay and dedicate my effort to them.
Not easy to move from a well established
and structured public listed company to newly listed company.
But nothing
impossible in corporate world.
This is a cash cow company. They only need to
strengthen their governance and internal control. Once these 2 items are on
track, they will shoot the sky and nobody can stop them.
Lagipun bila difikirkan semula, memang
dari dulu lagi impian Patung Beruang untuk berkhidmat di sebuah organisasi ini
yang lebih berfungsi sebagai investment arm.
Jadi, bila dapat peluang untuk
berkhidmat di subdiary mereka, dimana investment arm ini adalah majority
shareholders, I won’t turn down the offer.
At least Patung Beruang bolehlah buat
perbandingan antara KNB dan investment arm ini. Bukan untuk mencari siapa yang
lebih baik tetapi lebih kepada diversify my experiences.
Tahun 2018 juga Patung Beruang sempat
ambil time out untuk menjelajah ke luar negara.
Lari sebentar dari realiti, lari
sebentar dari keadaan yang menyesakkan.
Buka mata dan hayati keindahan negara
orang, budaya, cara hidup dan kemajuan teknologi mereka.
Menarik apabila kita melihat dengan mata
lebah.
Mencari perkara-perkara yang indah
belaka.
Menaiki underground metro dari Newbury
Park menuju ke Liverpool Street. Perjalanan yang jauh tidak terasa pun kerana
lajunya train.
Berpeluang menaiki bas bernombor 47
untuk menuju ke Tower Bridge. Keadaan agak sesak sedikit walau jam menunjukkan
pukul 9 pagi, di hari Ahad.
Bersiar-siar di Kota London ketika musim panas tidak terasa pun bahangnya. Tidak seperti di Kuala Lumpur.
Kagum dengan bangunan-bangunan lama yang masih terpelihara.
Seterusnya, menaiki bas bernombor 381 untuk ke Big Ben. Sayangnya, Big Ben ditutup untuk renovation. Hanya mampu melihat dari luar.
Jika ditanya, apakah tempat yang paling
Patung Beruang suka ketika pengembaraan tersebut, jawapannya hanya satu.
Heysham!!!
Heysham adalah sebuah kampung kecil yang
mengadap laut.
Tempat yang sangat menenangkan dan sesuai untuk settle down.
Pada waktu pagi, Patung Beruang suka
berjalan menyulusuri kawasan kampung sehingga ke tepi pantai.
Bertemu dengan
orang tempatan.
Berbalas senyuman dan ucapan Good Morning.
Adakalanya, kita akan nampak kapal-kapal
yang datang berlabuh atau mula meninggalkan Heysham Port.
Mungkin menuju ke
Dublin ataupun Belfast.
Nanti, jika ada rezeki untuk Patung Beruang kembali
lagi, bolehlah Patung Beruang menjelajah ke sana melalui Heysham Port.
Ketika di penghujung hari, Patung
Beruang akan duduk bersantai diluar rumah melihat matahari terbenam.
Jam
menunjukkan angka hampir 9 malam. Cuaca sejuk, suasana senyap dan damai,
matahari mula mengucapkan selamat tinggal.
Jika bertuah, bolehlah lihat
sekumpulan kambing biri-biri berlari meninggalkan padang permainan mereka,
pulang ke kandang.
Dan selepas itu, padang tersebut akan dilawati pula oleh
satu keluarga musang, yang menjadikan ia taman permainan mereka.
How I wish I can live there
forever…
2018 juga so many good things happened
to our family.
Selain dari wedding kak chik and she got
transferred to Semenanjung, Abang pula berhijrah ke another MNC.
This time, UK
based company menjadi pilihannya.
Nampaknya, memang Allah takdirkan Abang untuk
berkhidmat di MNC sejak dari tamat belajar sehinggalah sekarang.
Tidak
mengapalah.
MNC is much better compares to local company. Wide exposure, better
perks, better work culture and less office politics.
Lagipun, seperti Patung
Beruang, Abang juga ada target company mana yang dia nak masuk.
And
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusannya untuk berkhidmat di organisasi yang
dia nak.
Untuk Iman pula, there goes my lovely
baby boy.
Finally, he graduated with 1st class Honours, Bachelor of Science in Accounting,
Finance and Mathematics. Alhamdulillah.
The best part was he received a few job
offers although he yet to sit for final exam.
He is so lucky sebab tak
perlu nak bersusah payah hantar resume sana sini and anxiously waiting call
from future employer.
Now, while gaining experience in Big 4,
he will start his new journey for professional course next month.
Patung
Beruang selalu pesan, jangan ulang kesilapan Patung Beruang. My mistake was I
pursue my master 1st before my professional. And now, after so many
years, although I have a master, I have not guts to do professional in accountancy, huhu
Jadi sementara masih muda, otak masih
fresh, cepat-cepatlah sambung buat professional. Don’t stuck with Bachelor
only. Kalau nak buat master pun, complete the professional first. Bukan lama
pun, just 3-4 years only.
Basically, itulah antara kisah Patung
Beruang sepanjang 2018…
Untuk 2019, Patung Beruang berazam untuk
sambung semula kerja-kerja charity.
Sahabat-sahabat Patung Beruang pun ramai
dah bising sebab Patung Beruang dah lama tidak turun padang.
Maafkan Patung
Beruang ye kerana terpaksa mengutamakan benda yang lebih utama.
Patung Beruang sering berfikir,
seandainya Allah jemput Patung Beruang sekarang, apakah saham akhirat yang
Patung Beruang dah sediakan untuk memastikan pahala sentiasa berterusan?
Patung Beruang sedar yang diri ini
bukanlah kaya-raya macam orang lain.
Hidup seadanya, cukup untuk diri sendiri,
cukup untuk menggembirakan ibu ayah, cukup untuk berkongsi dengan insan yang
memerlukan. Itu sahaja.
Cuma, apabila diluaskan lagi konsep
saham akhirat itu, Patung Beruang sedar yang perbuatan baik, ucapan yang baik,
tetap boleh dijadikan saham akhirat.
Sebab itulah, Patung Beruang nekad untuk
sambung semula kerja-kerja sukarela yang Patung Beruang tinggalkan dulu.
Mungkin tidak banyak yang Patung Beruang mampu buat, tetapi at least, kita
berusaha sehabis daya.
Jika tidak mampu membantu satu kampung, cukuplah bantu
satu keluarga. Jika tidak mampu membantu satu keluarga, cukuplah bantu seorang
insan sahaja. Mungkin bantuan yang kita rasakan remeh itu, besar maknanya buat
si penerima.
Honestly, I don’t have much dreams in
this life.
Just to protect my family the best that I can, make my parents
happy, to ensure all my siblings have a proper life, to help others who needed,
that’s all.
I don’t dream to become a billionaire, I
don’t dream to round the world and visit every single country, I don’t dream to
have an empire, nope.
Life for me is what you give, and not
what you get.
I dream that one day, when I’m not
around, there is hamba Allah that willing to send me a doa, after every 5
prayers every day, willing to recite ayat Al-Quran for me as simple as
Al-Fatihah or surah Al-Ikhlas.
I dream that when I’m not around, every
day Malaikat will bring me a gift from someone that still alive. A gift that
make my day. A gift that remind me how I still in their mind although I’m no
longer alive.
And at this moment, I’m happy with who I
am as I know that I’ve done the best that I can. Hence, if suddenly Allah say, “Yana, your
time is up.”, I’m happy to go because I know my parents, my family, all the
people that I love so much will be in good hands, will be at good place.
In fact, I really missed some people
that hold special place in my heart although they gone many years, like Nenek
and Teacher Cathy.
I still remember all the good times with them and wish Allah
gave them a better place now. May we meet again in Jannah, Insya-Allah…
When
will be my turn?
I have no idea.. but sooner or later, it will comes..
Goodbye 2018… and may I have chance to meet 2019.
Aamiin...