
Oleh itu, hari ni Patung Beruang nak berkongsilah serba sedikit info tentang tido dan kebaikannya (ada kebaikkan ke???)..
- Ketika tido, badan kita akan direhatkan sebentar. Namun, ada beberapa bahagian pada otak yang tetap berfungsi antaranya hormon kortisol. Ia adalah salah satu hormon pada otak yang berkerja keras dari malam hingga pagi. Hormon ini mengawal emosi dan perasaan kita. Jadi, jika hormon ini terjejas, pasti kita tertekan dan mudah menangis.
- Tido juga memperbaiki serebral korteks iaitu bahagian otak yang bersangkut paut dengan kemampuan seseorang untuk mengingat, membayangkan dan meneliti setiap apa yang kita lakukan sebelum masuk tido.
- Tido awal digalakkan kerana ia akan menjana otak kita untuk berfungsi dengan lebih baik keesokkan harinya.
- Semasa tido, Human Growth Hormone (HGH) akan dirembes keluar. Hormon ini bertindak sebagai anti penuaan dan memperbaiki sel-sel tubuh. Maka, orang yg cukup tido, kulitnya berseri dan tidak kering.
- Kesukaran tido akan menyebabkan strok.
- Akibat kurang tido, otak akan rosak sedikit demi sedikit.
Itulah serba sedikit info yang Patung Beruang dapat kongsikan disini. Semua info tu Patung Beruang dapat dari Majalah Rapi, 1 Januari 2010.
Oklah, Patung Beruang pun dah tak larat ni. Nak tidolah kejap. Harap-harap lepas bangun tido nanti, segarlah dan sihatlah sikit badan ni. Zzzzzzzz....
No comments:
Post a Comment