Thursday, August 27, 2020

Book Review : Warung Western Tepi Kampung


Tajuk : Warung Western Tepi Kampung 

Penulis : Rafiuddin Rabu


Menariknya Naskah Ini : 

Ehem ehem.. This is fresh from oven, hehe.. 

Naskah ini Patung Beruang selesaikan pembacaannya sebelum Maghrib tadi. Dan Patung Beruang sangat tidak sabar untuk berkongsi book review naskah ini disini. 

Naskah Warung Western Tepi Kampung ini menceritakan tentang pengalaman sebenar penulis, Rafiuddin Rabu sebagai seorang peniaga warung western di sebuah kampung di Banting. 

Penulis adalah anak bongsu dan lebih berminat untuk bekerja sendiri agar beliau sentiasa dekat dengan ayahnya. Kedua-dua lelaki ini tinggal berdua sejak kematian emak penulis. 

Oleh kerana penulis berbakat dalam masakan, maka perniagaan yang paling sesuai untuk diceburinya adalah perniagaan makanan. Berniaga makanan ini persaingannya sentiasa ada. Demi menonjolkan kelainan warungnya, penulis nekad untuk menjadikan hidangan barat sebagai menu utama warungnya.

Hidangan barat, nama yang menarik perhatian, ditambah pula dengan harga yang mesra poket, menyebabkan warungnya menjadi perhatian pelanggan dari pelbagai latar belakang, umur dan taraf ekonomi. 

Naskah ini membariskan 117 cerita pendek, kisah suka duka dari awal penulis membangunkan perniagaan warungnya sehinggalah menjadi terkenal seperti sekarang. Suka duka, cabaran, pahit getir yang dilaluinya dalam memastikan perniagaan warungnya ini boleh bertahan selamanya. 

Tulisan yang dipaparkan mempunyai emosi yang pelbagai. Ada masanya kita tersenyum sendiri membayangkan kisah lucu yang berlaku. Di lain waktu pula kita  rasa sangat geram apabila membayangkan segala tingkah laku jelek yang dihadapi penulis seperti pelanggan yang kurang ajar ataupun kisah kecurian duit yang tidak berkesudahan. Namun, di lain waktu pula, kita akan rasa sayu dan sebak terutama apabila penulis berkongsi kenangan-kenangan indah beliau bersama arwah ayah tersayang, ataupun pengalaman beliau berdepan dengan pelanggan atau bakal pelanggan yang kurang berkemampuan. 

Satu perkara yang Patung Beruang sangat kagum dengan penulis adalah beliau seringkali menyatakan yang niatnya berniaga adalah untuk menggembirakan dan membahagiakan pelanggan-pelanggannya. Sebab itulah, beliau sangat menjaga kualiti product dan perkhidmatan yang diberikan demi memuaskan hati pelanggan. Dan disebabkan niat itu jugalah beliau tidak berkira untuk bersedekah dengan pelanggan. 

Penulis sangat beruntung kerana zahirnya beliau berurus niaga dengan manusia namun hakikatnya beliau juga berurus niaga dengan Allah, terutama apabila melibatkan perihal kejujuran dan berkongsi rezeki. Keikhlasannya sebagai seorang peniaga jelas terserlah. Tidak hairanlah jika Allah memberi rezeki yang melimpah ruah pada beliau dan juga orang disekelilingnya. 


Selesai membaca naskah ini, Patung Beruang terus cari page official warung penulis di FB dan juga akaun warung tersebut di Twitter. Ok, done follow, hehe..

And next, Insya Allah, Patung Beruang teringin untuk menjejakkan kaki ke warung beliau. Untuk melihat dengan lebih dekat warung yang hebat ini walaupun lokasinya di kampung dan juga hanyalah di hadapan rumah saja. Semoga ada rezeki Patung Beruang untuk berjumpa dengan penulis. Boleh lah nanti Patung Beruang minta beliau turunkan tandatangan di naskah ini, Aamin... 

Terima kasih penulis kerana sudi berkongsi pengalaman peribadi dengan pembaca diluar. Naskah yang simple namun besar ertinya buat pembaca terutama kami yang bukan terdiri dari golongan peniaga ini... 

Book Review : Sunflowers From Sarrah


Tajuk : Sunflowers From Sarrah

Penulis : Sarrah Salihan


Menariknya Naskah Ini : 

Naskah Sunflowers From Sarrah ini Patung Beruang selesaikan pembacaannya pada lunch hour hari Selasa hari itu. 

Pertama kali ternampak buku ini di MPH,  Patung Beruang tertarik untuk memilikinya kerana warna kulit buku yang ceria. 

Ketika itu, hati ini tertanya-tanya, apa isi kandungan buku ini? Sinopsis di belakang nampak menarik tetapi  masih tidak dapat membayangkan isi kandungannya secara keseluruhan. 


Sunflowers From Sarrah adalah coretan perasaan penulis yang bernama Nur Sarrah Hanis Salihan. Seorang gadis menarik, bekas penuntut Sekolah Seri Puteri dan juga bekas pendebat di pertandingan debat Piala Perdana Menteri. 

Dalam naskah ini, banyak isu yang dikupas oleh Sarrah antaranya kehidupannya sebagai pelajar, suka duka sebagai seorang debator, kisah persahabatan, kerinduan seorang anak terhadap ayahnya yang telah lama meninggal dunia setelah bertarung dengan kanser, suka duka alam remaja serta tidak ketinggalan juga isu-isu semasa seperti mental health, gender discrimination dan tragedi MH370. 

Selain itu, Sarrah juga menyelitkan beberapa poem dan visual yang menarik dan menggambarkan isi hatinya ketika itu. Naskah ini simple dan sesuai untuk bacaan santai. 

Dalam banyak-banyak artikel dalam naskah ini, Patung Beruang sangat terkesan dengan artikel yang bertajuk Writing The Letter I Wish My Dad Had Written. Seperti tajuknya, artikel ini menggambarkan isi hati Sarrah yang sangat terkesan dengan pemergian ayahnya ketika dia berumur 11 tahun.  Surat ini ditulis ketika Sarrah menyambut hari jadinya yang ke-17. Antara petikan yang menyentuh hati Patung Beruang adalah: 

I had so many dreams for you but my biggest one was for you to have me witness every single one of them. From your first steps to your first words, your first tooth fall outs to your first day in kindergarten, your UPSR results all the way to SPM. From the first time a boy breaks your heart to the day "the one" says aku terima nikahnya. From your first job to your first child. I wanted to be there more than heavens can tell. No amount of apologies can tell you how sorry I am. I am sorry for leaving a little too soon. ....


Thank you Sarrah for giving us a good book to read. Simple but full of emotions...

Tuesday, August 18, 2020

Book Review : Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi

Tajuk : Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi

Penulis : Iman Danial Hakim 

Menariknya Naskah Ini : 

Ini adalah naskah kedua berkenaan bibliophile yang ada dalam simpanan Patung Beruang. 

Apa seronoknya membaca kisah bibliophile ini? Entahlah.. mungkin lebih kepada Patung Beruang ingin tahu apa dan bagaimana keadaan bibliophile yang lain, pengalaman dan suka duka mereka sebagai bibliophile, apa yang mendorong mereka menjadi bibliophile dan macam-macam lagi. 

Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi ini berkisar tentang pandangan, resensi dan perjalanan seorang bibliophile bernama Iman Danial Hakim yang juga mahasiswa Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Antara perkara menarik tentang penulis ini adalah beliau juga seorang peminat sastera. Peminat sastera yang meminati dan menghargai puisi dan karya-karya dari sasterawan negara. 

Bab Pertama: 22 Tahun Bersama Buku lebih kepada salam pengenalan dari penulis mengenai detik-detik permulaan beliau menjadi seorang bibliophile, genre karya yang diminati dan barisan penulis yang dijadikan koleksi kegemaran dari dahulu sehingga kini. 

Antara bab yang menarik perhatian Patung Beruang adalah Dosa Seorang Tsundoku Terhadap Buku. Apa itu tsundoku? Tsundoku adalah perbuatan mengumpul buku tetapi tidak membacanya. Istilah ini mula popular pada akhir abad ke-19 pada era Meiji iaitu sekitar tahun 1868 - 1912. 

Dalam kalangan bibliophile, istilah tsundoku sering kali digunakan sama ada untuk menyatakan kekesalan tabiat buruk atau bergurau sesama sendiri. Bagi sesetengah individu, tsundoku boleh menjadi masalah yang besar buat mereka kerana kitaran membeli buku yang tidak berkesudahan tetapi buku-buku tersebut tidak dibaca. Situasi ini berbeza dengan ungkapan "So many books, so little time", yang lebih kepada mereka berusaha untuk membaca namun kekangan masa atau rutin harian telah menyebabkan tabiat membaca tersebut terhenti. Untuk seorang tsundoku, mereka akan sentiasa mencari 1001 alasan untuk tidak membaca seperti sibuk, lupa atau malas. 

Bagi Patung Beruang pula, membeli belah buku adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan ia juga menjadi terapi untuk diri ini. Segala keserabutan kerja dan kehidupan seakan-akan hilang sebentar tatkala kaki melangkah masuk ke kedai buku. 

Namun, untuk mengelakkan bilangan buku yang belum dibaca semakin banyak, Patung Beruang akan memilih buku-buku yang memang Patung Beruang ingin baca saja untuk dibawa ke kaunter pembayaran. Sebab itu lah proses pembelian menjadi sangat lama kerana Patung Beruang akan belek buku-buku yang menarik perhatian, meneliti sinopsis, membaca satu atau dua mukasurat terlebih dahulu sebelum Patung Beruang decide sama ada buku tersebut layak untuk dibeli atau tidak. Adakalanya, Patung Beruang akan baca book review buku tersebut di Internet untuk lebih mengetahui apa sebenarnya isi kandungan naskah tersebut. 

Mungkin proses ini kelihatannya rumit tetapi sekurang-kurangnya Patung Beruang berusaha untuk mengelakkan pembaziran dan sekaligus mencegah diri dari menjadi tsundoku. 

Ada tak buku yang Patung Beruang beli tetapi akhirnya tidak dibaca? 
Mestilah ada... hehehe.. 
Cuma, buku-buku ini ada 2 kategori. 
Kategori pertama adalah, Patung Beruang tetap akan membacanya tetapi lewat. Berapa lewat? Boleh jadi 6 bulan, boleh jadi setahun, boleh jadi 2 tahun dan boleh juga jadi lebih dari 2 tahun selepas tarikh pembelian. Tetapi akhirnya, buku tersebut tetap akan dibaca.

Kategori yang kedua pula adalah Patung Beruang hilang terus minat untuk membaca buku tersebut dan akhirnya buku itu dihantar ke kedai Pak Cik Halim di Puchong. Siapa Pak Cik Halim ini? Beliau adalah penjual buku terpakai yang mempunyai banyak koleksi buku-buku yang menarik. Sekurang-kurangnya, buku-buku tersebut mempunyai peluang untuk mendapat tuan baru yang akan meneliti dan menghargai isi kandungannya. 

Jujurnya, bilangan buku yang termasuk dalam kategori kedua ini sikit saja. Mungkin kurang 20 buah setakat ini. Mungkin ye... sebab Patung Beruang pun tak keep track. Bila difikir semula, nak cari duit ini bukan mudah. Berusaha keras siang dan malam, demi mencari rezeki yang halal. Oleh itu, Patung Beruang akan rasa sangat sedih jika banyak buku yang termasuk dalam kategori kedua ini kerana ia merupakan satu pembaziran, huhuhu... 



Selain dari berkongsi pengalaman sebagai bibliophile, penulis juga berkongsi beberapa book review yang menarik di dalam naskah ini. Antaranya adalah:
  • Ibu Melayu Mengelilingi Dunia: Dari Rumah ke London, karya Tan Sri Aishah Ghani; 
  • Cinta Fansuri karya A. Samad Said;
  • Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan;
  • Daun: Perbahasan Falsafah dan Agama karya Malim Ghozali PK
Disebabkan itu, Patung Beruang mula teringin untuk memiliki naskah-naskah yang dikongsi seperti karya Tan Sri Aishah Ghani dan juga Anwar Ridhwan. Cuma naskah-naskah tersebut agak sukar untuk dijumpai di kedai-kedai buku ternama seperti Kinokuniya, Popular atau MPH. Mungkin Patung Beruang akan cuba risik-risik dengan penjual buku persendirian seperti Kiridaren (The Bibliophile) atau Pelita Dhihin. 


Oklah, begitulah serba sedikit yang boleh Patung Beruang kongsikan berkenaan naskah Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi. Perkongsian pengalaman dari seorang bibliophile kepada bibliophile... 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...