Tajuk :
Penulis: Teme Abdullah
Penghujung March hari tu, hati ini meronta-ronta untuk membeli buku. Walaupun sedar yang PBAKL 2019 akan tiba lagi beberapa minggu namun hati ini rasa seperti tidak sabar untuk menunggu.
1. Pelukis Jalanan
2. Arkitek Jalanan
Penulis: Teme Abdullah
Kisah Patung Beruang:
Sebenarnya, Patung Beruang selalu nampak naskah Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan di kedai-kedai buku seperti Popular dan MPH. Dan juga sering terpandang yang kedua-dua naskah ini termasuk didalam kategori buku terlaris. Hati ini sering tertanya, sedap sangat ke naskah ini sehingga ia sentiasa menduduki carta di kedai-kedai buku?
Pernah satu ketika tangan ini sudah memegang naskah Arkitek Jalanan. Sayangnya ketika itu naskah ini berbalut plastik jadi Patung Beruang tidak boleh melihat isi kandungannya. Hanya mampu membaca petikan yang tertulis di belakang buku. Oleh itu, Patung Beruang letak kembali naskah tersebut di rak jualan. Mungkin belum ada rezeki untuk Patung Beruang memilikinya ketika itu.
Pernah satu ketika tangan ini sudah memegang naskah Arkitek Jalanan. Sayangnya ketika itu naskah ini berbalut plastik jadi Patung Beruang tidak boleh melihat isi kandungannya. Hanya mampu membaca petikan yang tertulis di belakang buku. Oleh itu, Patung Beruang letak kembali naskah tersebut di rak jualan. Mungkin belum ada rezeki untuk Patung Beruang memilikinya ketika itu.
Penghujung March hari tu, hati ini meronta-ronta untuk membeli buku. Walaupun sedar yang PBAKL 2019 akan tiba lagi beberapa minggu namun hati ini rasa seperti tidak sabar untuk menunggu.
Akhirnya, Patung Beruang menuju ke Popular Jusco Equine pada petang Sabtu. Antara my favourite bookstore for short escape selain Bookxcess di Cyberjaya dan Amcorp Mall.
Tiba di Popular, naskah pertama yang Patung Beruang nampak adalah Arkitek Jalanan. Masa tu, dah tak peduli, terus ambil dan masuk dalam bakul. Setelah hampir satu jam didalam Popular, Patung Beruang melangkah keluar dengan 3 buah buku tak silap. Alhamdulillah.
Masih segar dalam ingatan yang Patung Beruang mula membaca Arkitek Jalanan pada hari Ahad, di waktu pagi selepas sarapan. Duduk membaca tanpa sedar masa berjalan dan akhirnya, naskah tersebut habis beberapa jam selepas itu. Wow.....
Menariknya Naskah Ini:
Pelukis Jalanan adalah buku pertama karya Teme Abdullah, dan sambungan kisahnya dapat diikuti dalam buku kedua iaitu Arkitek Jalanan. Patung Beruang pula telah terbeli dan terbaca buku kedua dahulu namun ia tidak langsung mencacatkan momentum Patung Beruang sebagai pembaca.
Didalam Pelukis Jalanan, pembaca dibawa mengenali permulaan kisah kehidupan Teme Abdullah sebagai pelajar A Level. Teme adalah pelajar cemerlang dan hasilnya, setelah keputusan SPM diumumkan, Teme ditawarkan program persediaan untuk keluar negara, dengan tajaan sepenuhnya dari penaja. Teme dikehendaki menduduki A Level dan memperolehi keputusan 12 point untuk melayakkannya terbang ke luar negara, demi menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.
Ketika program A Level, Teme seakan-akan hilang focus terhadap pelajaran. Namun, 2 bulan sebelum peperiksaan, Teme tersedar tentang harapan keluarga yang diletakkan kepadanya. Maka dalam masa 2 bulan sebelum peperiksaan itulah, Teme berusaha kuat untuk menggantikan masa-masa yang terbuang selama ini.
Akhirnya, keputusan A Level diumumkan. Teme memperolehi 11 point iaitu kurang 1 mata dari kelayakan yang ditetapkan oleh penaja untuk Teme terbang. Diri terasa sangat kecewa kerana merasakan yang harapan keluarga terhadapnya punah sekelip mata. Walaupun Teme sudah menerima tawaran dari universiti di United Kingdom (UK), ia tidak bermakna tanpa pembiayaan dari penaja.
Teme bergelut sama ada untuk menyambung pengajian di universiti awam tempatan ataupun berhenti belajar dan seterusnya meneruskan perniagaannya, yang dimulakan sejak zaman persekolahan lagi. Jika ingin meneruskan pengajian di universiti awam tempatan, Teme hanya boleh menggunakan keputusan SPMnya saja. Ini kerana, A Level tidak diterima untuk kemasukan ke peringkat ijazah. Ini bermakna Teme kena bermula dari awal dan pengajian A Level nya selama 2 tahun hanya sia-sia.
Selepas puas berfikir dan melihat sokongan yang diberikan oleh keluarga, Teme nekad untuk terbang ke UK, mendaftar di universiti dan memulakan pengajian walaupun tanpa ada penaja. Ketika itu duit yang ada ditangan hanya cukup untuk membeli tiket kapal terbang, membayar yuran pendaftaran universiti dan memulakan kehidupan di UK.
Teme terbang ke UK seorang diri, ditemani dengan doa dan harapan dari keluarga.
Di UK, Teme bertemu semula dengan Ahmad, rakan baiknya. Di universiti, Teme dan Ahmad sahaja pelajar Melayu yang mendaftar untuk jurusan architecture. Bermulalah kehidupan Teme disana sebagai pelajar tajaan sendiri.
Pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi Teme ketika disana. Masalah duit, kerenah tuan rumah sewanya, kesusahan Teme untuk seimbangkan masa antara belajar dan juga bekerja demi menyara diri sendiri dan juga membayar yuran pengajian, kerenah rakan sekelas yang mengkhianatinya ketika group assignment dan bermacam lagi.
Ahmad tinggal di asrama kampus dan Teme pula terpaksa menyewa sebuah bilik kecil di sebuah rumah. Disebabkan kerenah tuan rumah yang sangat cerewet dengan pelbagai peraturan yang rigid, Teme lebih banyak menghabiskan masa di bilik Ahmad. Disitulah Teme mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan, ataupun berehat melepaskan lelah.
Teme sangat berbakat dalam bidang lukisan. Hasil tangannya sering mendapat perhatian pensyarah dan rakan-rakan sepengajian. Selain itu, Teme juga menjadikan bakat melukisnya itu sebagai salah satu sumber pendapatannya. Teme akan bersiar-siar di kota London dan tatkala ternampak pemandangan yang menarik, dia akan berhenti dan melukis. Lukisan tersebut akan dijual samaada kepada pelancong ataupun orang tempatan. Itulah asal cerita bagaimana Teme disebut-sebut sebagai pelukis jalanan.
Dalam masa yang sama, Teme juga membuat kerja-kerja melukis samaada untuk syarikat atau orang perseorangan. Teme juga pernah menjadi penyanyi buskers, menyertai kumpulan yang dianggotai oleh rakan sekelasnya. Semuanya dilakukan demi menampung pengajian dan kehidupannya di UK.
Sebagai kenang-kenangan, Teme akan mengambil gambar setiap lukisan yang dihasilkannya dan seterusnya upload di Instagram (IG). Tanpa diduga, lukisannya mendapat perhatian ramai samaada di Malaysia ataupun di UK. Followers IG nya bertambah dan namanya sering menjadi sebutan. Namun tiada siapa yang tahu siapa Teme Abdullah. Walaupun rakan sekelasnya menjadi salah seorang followers IG nya, mereka tidak sedar yang individu yang dikagumi kerana kehebatan karyanya itu, sebenarnya ada dihadapan mata mereka, yang digelar dengan nama Tomato....
Naskah Arkitek Jalanan pula menceritakan kisah Teme di tahun-tahun akhir pengajiannya di universiti. Ketika ini, Teme dan Ahmad sudah menyewa sebuah rumah di luar kampus. Rumah tersebut didiami oleh mereka berdua dan seorang pekerja warga asing. Di rumah ini, Teme dan Ahmad rasa lebih selesa untuk mereka belajar dan menyiapkan tugasan.
Di tahun akhir ini Teme dan Ahmad berazam untuk berusaha sedaya upaya agar mereka dapat menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama. Mereka menyimpan impian untuk bekerja di firma architecture yang ternama di UK, jika ada rezeki.
Ketika ini Teme dan Ahmad sama-sama diterima masuk ke Studio 3, yang dikendalikan oleh Bruno dan Noel. Studio 3 yang dikendalikan oleh kedua-dua lecturer ini sering menjadi rebutan pelajar architecture kerana dianggap Studio terbaik yang ada di universiti tersebut. Maka, persaingan untuk memasuki Studio tersebut juga sangat sengit.
Tambahan pula Noel juga menjawat jawatan penting di salah sebuah firma architecture ternama di UK. Oleh itu, setiap tahun pasti ada pelajar terbaik yang datang dari Studio 3 yang diterima bekerja di firma tersebut.
Di Studio 3 ini juga Teme bertemu semula dengan Orange, pelajar yang mengkhianatinya ketika tahun pertama dahulu. Pengkhianatan Orange menyebabkan Teme hampir-hampir gagal ketika pengajian di Tahun Pertama dahulu.
Untuk kali ini, Teme lebih berhati-hati setiap kali berdepan dengan Orange. Bagi Orange pula, dia menyedari yang Teme adalah pelajar cemerlang dan sangat berbakat. Oleh itu, peluang Teme dilihat lebih cerah untuk memperolehi ijazah kelas pertama dan seterusnya menyertai firma architecture Noel. Maka Orange sering menggunakan taktik keji untuk menonjolkan dirinya didalam Studio sekaligus memancing perhatian Noel dan Bruno.
Di tahun terakhir ini, Teme bergelut antara pelajaran dan juga usahanya untuk menyiapkan buku terbaru. Teme sedar yang pihak penerbit dan peminatnya sangat tertunggu-tunggu buah tangan terbaru dari Teme. Namun, Teme tidak pasti adakah karya terbarunya ini tetap bagus dan boleh menandingi karyanya yang terdahulu.
Dugaan paling besar buat Teme di tahun akhir pengajiannya adalah ketika detik-detik akhir beliau menyiapkan tugasan mega untuk dihantar kepada pensyarah. Dugaan yang benar-benar membuatkan Teme terduduk dan gugur airmatanya.
Apakah dugaan tersebut?
Adakah Teme berjaya menamatkan pengajiannya bersama-sama dengan Ahmad?
Adakah mereka berdua dapat ijazah Kelas Pertama seperti apa yang diusahakan selama ini?
Oklah.. Patung Beruang tak nak kongsikan lebih-lebih disini.
Kalau nak tahu juga, kenalah baca sendiri naskah ini ye...
Meneliti naskah pertama dan kedua karya Teme Abdullah ini seakan-akan seperti menonton filem kisah hidup beliau. Terasa seperti masa tidak bergerak walau sesaat. Patung Beruang larut didalam penceritaannya.
Kisah Teme adalah kisah yang sangat humble. Suka duka seorang lelaki, dalam mencari dirinya sendiri, dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak, pelajar, pelukis sambilan, pekerja sambilan, dan juga sebagai seorang Islam.
Naskah ini penuh dengan kejujuran sehingga beberapa kali air mata ini gugur tatkala menatapnya. Kepahitan dan kesedihan yang dialami oleh Teme turut sama dirasai oleh pembaca. Jauh dari keluarga, persekitaran yang asing, budaya yang asing, hanya pada Allah tempat Teme meluahkan perasaan hatinya dan bebanan jiwanya. Hanya pada Allah, tempat Teme menggantungkan harapan. Hanya pada Allah, tempat Teme memohon belas ihsan.
Oleh kerana penceritaan yang sangat detail, kita sebagai pembaca terasa seperti kita berada di waktu dan lokasi tersebut, menyaksikan peristiwa yang diceritakan.
Teme sangat beruntung kerana mempunyai keluarga yang sentiasa menyokongnya walau apapun keadaannya. Ibu dan ayah yang sentiasa memberi kata-kata nasihat dan pujukan. Ahmad, rakan baik yang boleh dianggap sebagai sahabat sejati. Saling memberi dorongan dan kekuatan antara satu sama lain. Semoga persahabatan kalian kekal selamanya.
Kini, baru Patung Beruang faham mengapa kedua-dua naskah ini sering menduduki carta buku terlaris. Memang layak pun...
p/s: Ketika PBAKL 2019 hari tu, Patung Beruang sempat membeli 2 naskah karya Teme Abdullah iaitu Pelukis Jalanan dan Impian Jalanan.
Impian Jalanan lebih kepada prequel untuk 2 buah karya sebelum ini. Insya-Allah, jika ada kelapangan Patung Beruang akan kongsikan kisah naskah tersebut disini ye.