Tajuk : Semusim di Barzakh
Penulis : Hadi Fayyadh
Menariknya Naskah Ini:
Pertama kali Patung Beruang melihat naskah ini, rasa takut untuk membeleknya. Melihatkan tajuk dan cover, Patung Beruang tidak pasti samaada ia adalah sebuah fiksyen, buku agama, kisah seram, atau cerita hantu etc. Tidak berani untuk Patung Beruang menyentuhnya.
Untuk seorang gadis yang tinggal bersendirian, membaca cerita hantu atau menonton cerita hantu seorang diri di rumah, bukanlah satu tindakan yang rasional, hehe.. Jika ia berlaku, sudah pasti seluruh rumah akan terang benderang sepanjang malam sehingga matahari terbit dek kerana semua lampu yang menyala.
Namun, ketika menjengah kedai buku pada minggu lepas, Patung Beruang ternampak buku ini lagi. Siap ada offer 20% untuk members. Setelah membaca catatan di kulit belakang naskah ini (untuk pertama kalinya), Patung Beruang tertarik untuk memilikinya. Catatan di belakang mengandungi sinopsis dan ulasan dari 2 individu. Honestly, catatan tersebut agak sangat promising. So, why don't I give a try, right?
Semusim di Barzakh membawa kita mengenali seorang lelaki bernama Fayyadh. Fayyadh adalah anak muda yang dibesarkan di kota metropolitan namun melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Pantai Timur. Kehidupan di kota yang serba mewah dan moden menjadikan Fayyadh lalai dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.
Ketika di universiti, Fayyadh jatuh cinta pada Humaira, seorang gadis yang berperwatakkan alim, bijak dan baik budi pekerti. Fayyadh pandai berpura-pura untuk menutup kejahatan diri. Di universiti, Fayyadh dilihat seperti lelaki yang baik. Dan demi menghormati imej Humaira, Fayyadh menghalang dirinya dari berterus terang meluahkan isi hati.
Ketika jamuan akhir tahun sebelum graduasi, Humaira diserang histeria di sebuah resort peranginan. Fayyadh ada dan berusaha untuk membantu gadis malang itu.
Kini, selepas beberapa tahun tamat pengajian, Fayyadh, lelaki berumur 25 tahun, telah menjadi seorang penulis yang terkenal. Nama yang sering disebut-sebut, ditambah dengan rupa paras yang tampan dan berharta, Fayyadh semakin jauh dari pegangan agama. Maksiat melingkari hidupnya. Perempuan menjadi mainannya. Zina menjadi santapan dan arak menjadi minumannya.
Reunion diadakan di resort peranginan yang sama. Fayyadh teruja berjumpa rakan sekuliah. Malah lebih teruja untuk berjumpa dengan Humaira. Malang sekali Fayaddh terkedu tatkala diberitahu yang Humaira sudah meninggal dunia. Mati, kerana membunuh diri.
Fayaddh seperti tidak dapat menerima kenyataan cara kematian Humaira. Gadis alim, bertudung labuh, tidak pernah meninggalkan solat, namun nekad untuk membunuh diri? Dimana silapnya?
Fayaddh bingung dan akhirnya meninggalkan majlis reunion yang sedang berlangsung. Fayyadh pulang ke hotel penginapan untuk berehat. Namun, ketika di bilik, Fayyadh diganggu lembaga yang menyeramkan, tidak ketahuan asal usulnya. Fayyadh berusaha untuk lari melepaskan diri. Dalam usaha untuk lari, Fayyadh terjatuh tangga dan mengakibatkan dirinya cedera.
Dengan bersusah payah, Fayyadh masuk ke dalam kereta dan memecut terus ke Kuala Terengganu. Didalam perjalanan, Fayyadh ditimpa kemalangan jalan raya dan tidak sedarkan diri.
Tatkala tersedar, Fayyadh ternampak yang keretanya sedang diangkut keluar dari sungai, oleh sebuah jentera berat. Setelah itu, satu mayat dikeluarkan dari kereta itu. Fayyadh terkaku apabila melihat yang mayat itu adalah dirinya sendiri.
Fayyadh sudah meninggal dunia??
Hakikat yang sukar untuk diterima.
Melihat dirinya di bilik mayat hospital, kemudian di bawa pulang ke rumah untuk di uruskan, melihat keluarga dan rakan-rakan bersedih ketika jenazahnya terbujur kaku di tengah rumah, perjalanan ke tanah perkuburan, mendengar talkin dibacakan dan seterusnya mendengar derapan tapak kaki meningalkan pusaranya, benar-benar menakutkan Fayyadh.
Kini, Fayyadh hanya mampu berserah untuk mengadap apa sahaja yang bakal mendatang.
Tiba-tiba,
Seperti disedut masuk ke lubang masa, Fayyadh berada di sebuah gurun yang gersang. Seorang diri. Gurun yang sejauh mata memandang. Tiada petunjuk. Tidak tahu kemana harus dituju. Dan tanpa diketahui, bermula lah pengembaraan Fayyadh, di suatu tempat yang asing, yang hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di sebaliknya.
Di pengembaraan ini, Fayyadh bertemu dengan seorang lelaki tua. Lelaki tua yang sangat baik dan berjanji untuk membantu Fayyadh seberapa daya yang boleh. Malangnya, lelaki itu terlalu tua dan lemah. Akhirnya, lelaki tua tersebut tewas kepada serangan ular gergasi.
Dalam masa yang sama, Fayyadh dikejar oleh seorang wanita yang tidak berwajah dan seorang bayi yang kudung. Wanita dan bayi ini tidak putus asa memburu Fayaddh.
Fayaddh berlari dan terus berlari. Sehingga terjumpa dengan sekumpulan wanita yang diseksa. Seksa yang tidak terperi namun Fayyadh hanya mampu melihat sahaja.
Selepas itu, Fayaddh terjumpa dengan seorang lelaki muda, berperwatakan baik dan menarik. Lelaki itu menghulurkan jubah yang dipakainya kepada Fayyadh. Namun, tatkala Fayyadh menyarung jubah tersebut, Fayaddh berasa panas yang tidak terperi. Lantas jubah tersebut ditanggalkan.
Lelaki itu mengatakan mungkin hati Fayyadh belum cukup suci untuk melayakkannya menyarung jubah tersebut. Jubah lambang kehormatan dan kehebatan.
Perjalanan bersama lelaki itu sampai ke kemuncak apabila mereka bertemu dengan 2 buah jambatan.
Sebuah jambatan kelihatannya gelap gelita, tidak tahu kemana hala tujunya.
Dan jambatan yang lagi satu pula nampaknya indah belaka, cuma syarat untuk menitinya adalah Fayyadh perlu mengorbankan keimanan yang ada dalam dirinya.
Masih ada lagi kah iman didalam hati dan jiwa Fayyadh setelah terlalu lama hidup bergelumang dengan maksiat?
Lelaki itu menjanjikan penamat atas segala kesengsaraan yang Fayyadh sedang alami. Adakah janjinya benar?
Atau mungkin hanya ingin memperdayakan Fayyadh sahaja?
Siapa sebenarnya lelaki itu?
Masih jauh lagi kah perjalanan Fayyadh?
Adakah sudah tertutup pintu taubat buatnya?
Atau mungkin memang ditakdirkan Fayyadh akan berada di daerah asing itu, dikejar, diseksa, sengsara sehingga ke hari pembalasan?
Untuk makluman, ini adalah naskah yang terkini yang Patung Beruang habiskan pembacaannya. Berlaku pada hujung minggu yang baru lepas ini.
Pertama kali Patung Beruang membaca naskah ini, pembacaan berterusan sehingga ke pertengahan naskah. Berhenti demi menghormati waktu Maghrib dan Isyak. Pembacaan disambung semula ketika hampir pukul 10 malam. Dan tanpa diduga, naskah ini tamat dibaca lebih kurang pukul 12 tengah malam. Wow, ia habis dalam masa beberapa jam sahaja.
Perasaan Patung Beruang tatkala menatapnya???
Teruja, rasa berdebar-debar dan meruntun jiwa.
Dan yang paling penting, rasa tidak sabar untuk tahu apa kesudahan kisah Fayyadh ini.
Naskah ini lain dari lain. Dan inilah pertama kali Patung Beruang jumpa dengan jalan cerita sebegini.
Tidak hairanlah, dalam masa 2 tahun, naskah ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali.
Tidak percaya?? Boleh lihat sendiri didalam naskah ini, di bahagian Copyright etc.
Apa yang Patung Beruang suka berkenaan naskah ini?
1st, jalan cerita yang superb. Di luar kotak pemikiran manusia normal.
2nd, naskah ini mempunyai kesan visualisasi yang sangat hebat dan tidak mampu dibayangkan.
Menatap patah demi patah perkataan seperti kita menjadi Fayyadh dan segala peristiwa, keadaan, apa yang berlaku semua tergambar jelas di depan mata. Untuk novel melayu moden, Patung Beruang rasa ini adalah naskah yang terbaik yang pernah Patung Beruang baca selain dari Kunang Pesisir Morten.
3rd, plot twist yang sangat mengejutkan.
Basically, pengakhiran watak Fayaddh masih boleh diduga. Namun, plot twist yang sangat mengejutkan berlaku untuk watak Humaira. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? It seems like I cannot accept it, huhu..
4rd, karya ini menggunakan teknik flasback namun, ia masih terkawal dan tidak memeningkan pembaca. Penceritaan sangat lancar dan momentum pembacaan tidak terganggu.
5th, naskah ini sarat dengan mesej yang menginsafkan jiwa pembaca.
Betapa kita manusia ini mudah terbuai dengan dunia.
Kita tahu dunia ini sementara namun kita mengejarnya seperti ia kekal selamanya.
Kita tahu akhirat itu pasti, seksa kubur itu pasti, dosa pahala itu kenyataan, Padang Masyar itu benar, dan Syurga Neraka itu juga benar. Namun, kita tinggalkan akhirat seolah-olah ia adalah cerita dongeng orang tua atau orang masjid. So pathetic...
6th, Patung Beruang sangat terkesan dengan watak lelaki tua yang ditemui oleh Fayyadh ketika mula-mula tercampak ke daerah asing.
Lelaki tua yang berjanji untuk membantu Fayyadh seberapa yang boleh. Lelaki tua yang setia menemaninya sehinggalah sampai saatnya tewas. Lelaki tua yang berjuang ke titisan terakhir. Dan...
Lelaki tua itu adalah amal baik Fayyadh ketika hidupnya. Amal baik dari saat Fayyadh lahir ke dunia sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya. Umur mereka sama namun fizikal mereka sangat berbeza.
Lelaki tua adalah lambang betapa sikitnya amal baik yang dilakukan ketika hidupnya di dunia ini...
Hakikatnya,
Kita ini manusia yang lemah, jahil dan pendosa.
Setiap hari kita melakukan dosa.
Berprasangka buruk, mengumpat dan mengata, memfitnah, mengkhianati amanah, melanggar suruhan Allah dan Rasul, derhaka kepada ibu bapa, curang dengan majikan, menipu masa bekerja, mencuri didalam beribadah, lalai, semuanya adalah lubang-lubang dosa.
Dosa yang kita lakukan samaada sedar atau tidak, samaada sengaja atau tidak.
Hati kita penuh dendam. Hati kotor dan gelap kerana dosa dan maksiat.
Namun, kita terlupa yang amal baik kita sangat kurang.
Roh kita kurus kerana tiadanya amal baik.
Roh kita sengsara kerana kita leka mengumpul dosa.
Roh kita lebih jauh berusia dari usia kita di dunia. Sangat kasihan.
Kita terlupa yang setiap amal baik, walau sedikit atau sekecil mana pun, tetap akan dihitung.
Kita sangat berkira untuk melakukan kebaikan.
Sesama manusia, sesama makhluk, kita terlalu berkira.
Sekadar mengingatkan diri sendiri, jom kita sama-sama berazam...
Mulai dari detik ini,
Kita ingin mengumpul sebanyak mungkin amal kebaikkan.
Biar sekecil mana pun, kita akan istiqamah untuk melakukannya.
Yakinlah yang Allah melihat usaha kita. Usaha untuk kita menjadi hamba-Nya sebaik mungkin....

No comments:
Post a Comment