Monday, June 20, 2016

Book Review: Pudarnya Pesona Cleopatra

Tajuk: Pudarnya Pesona Cleopatra

Penulis: Habiburrahman El Shirazy

Menariknya Buku Ini: 

Pudarnya Pesona Cleopatra menghimpunkan 2 mini novel iaitu Pudarnya Pesona Cleopatra (Novel Mini 1) dan Setitis Embun Cinta Niyala (Novel Mini 2).

Novel Mini 1 mengisahkan tentang seorang lelaki yang terlalu taksub dengan wanita dari Timur Tengah. Baginya, wanita dari Timur Tengah sangat cantik luaran dan dalamannya dan hanya wanita dari sana sahaja yang layak untuk menghuni hatinya.

Namun, ibunya memaksa lelaki ini berkahwin dengan calon pilihan keluarga, seorang gadis Muslimah yang berpelajaran tinggi, cantik dan mempunyai pendidikan agama yang kukuh. Raihana namanya. 

Perkahwinan pun berlangsung namun Raihana tidak memperolehi layanan yang sepatutnya dari seorang suami. Kehadirannya dirumah dipandang sepi, pertanyaannya tidak berbalas dan luahan hatinya tidak didengari.  

Si suami sedang bersiap-siap untuk pergi menghadiri kursus di tempat yang jauh, selama berminggu-minggu. Oleh itu, Raihana dihantar pulang ke rumah ibu bapanya.

Namun.. ada sesuatu yang bakal berlaku, dimana ia tidak terfikir oleh si suami.

Adakah perpisahan yang beberapa minggu ini bakal mengubah suasana perhubungan suami isteri mereka?

Atau mungkin si suami masih kekal dengan taksubnya pada wanita dari Timur Tengah dan akhirnya nekad melepaskan Raihana dengan baik? 





Novel Mini 2 pula mengisahkan seorang gadis bernama Niyala yang kematian ibu, dibesarkan oleh seorang wanita, yang merupakan teman karib arwah ibunya. Niyala dibesarkan dengan baik dan mempunyai didikan agama yang bagus. 

Pada suatu hari, Niyala mendapat surat dari ayah kandungnya, memberitahu yang Niyala akan dikahwinkan dengan anak seorang pembesar di kampung halamannya. Berita ini menggusarkan Niyala kerana dia sedar pembesar dan anak lelakinya bukanlah manusia yang baik. Mereka sering melakukan maksiat, menindas orang-orang kampung dan menjalani kehidupan yang jauh menyimpang dari Islam. 

Perubahan Niyala dari seorang gadis yang periang kepada seorang yang pendiam disedari oleh ibu angkatnya. 

Adakah perkahwinan Niyala dan anak pembesar itu tetap akan berlangsung?

Atau mungkin, akan ada lelaki lain yang sudi untuk menyelamatkan Niyala dari musibah tersebut? Jika ya, siapakah lelaki itu?



Ini adalah novel Habiburrahman El Shirazy yang paling pendek yang Patung Beruang pernah baca. Yelah, namanya pun novel mini kan? hehe..

Seronoknya baca novel mini ini adalah, plotnya berjalan dengan sangat pantas. Jadi, momentum pembaca sentiasa di puncak.

Tetapi, benda yang tidak seronoknya adalah ia cepat habis, huhu...
Selak-selak je, eh.. dah habis?? 

Tanyalah mana-mana bookworms, jika buku yang dibaca itu sangat menarik, mereka akan rasa sangattttt berat hati untuk habiskan buku tersebut. Kalau boleh, tak nak wujudnya mukasurat terakhir didalam buku itu.. Kalau boleh, tak nak ada ending untuk cerita itu. Bukan senang untuk kami melepaskan character kegemaran kami pergi untuk selama-lamanya What a terrible feeling, huhu.... Dan itulah yang Patung Beruang hadapi untuk naskah ini.. Hm.. 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...