19 December 2025 (Jumaat): Seperti biasa, habis kerja Patung Beruang bergegas pulang ke Melaka. Sebelum itu, ketika lunch hour Patung Beruang sempat ke Central Market demi membeli bunga ros segar, untuk dibawa pulang ke Melaka. Separuh untuk dibawa ke kubur Ayah dan separuh lagi untuk hiasan dirumah.
Staff-staff GIA Sapura dah faham sangat bila nampak ada bunga-bunga segar diatas meja Patung Beruang. In fact, Patung Beruang pernah bawa beberapa girls GIA masa nak beli bunga sebab mereka nak tahu kedai mana yang selalu Patung Beruang pergi. Well, di situ ada banyak wholesaler fresh flowers. Harga pun biasanya lebih kurang sama saja. Dan yang paling bestnya, Patung Beruang naik MRT atau LRT saja kesana. Tak perlu pening-pening untuk drive dan cari parking.
Ada minggu Patung Beruang akan beli bunga ros saja, kadang-kadang campur dengan chrysanthemum putih, kuning atau purple, kadang-kadang ada daisy pelbagai warna. Patung Beruang tiada preferance, ikut mana yang cantik dimata ini.
Perjalanan dari ofis Sapura di Menara PNB, Jalan Tun Razak ke rumah Ayah di Melaka pada petang itu agak mencabar. Hujan lebat dan kenderaan banyak. Entah mengapa, masuk saja Plus Highway di Sg Besi, Patung Beruang rasa mengantuk sangat. Akhirnya, Patung Beruang berhenti di RnR Seremban untuk beli secawan kopi. Hujan masih lagi lebat, tapi bila dah dapat kopi itu, terus rasa macam wow.. mata sesegar ini boleh drive terus sampai ke Johor Bahru, hehehe...
Patung Beruang sampai dirumah Ayah hampir 8.10 malam. Bila Patung Beruang keluar dari kereta untuk angkat beg, mata ini menangkap pintu rumah yang tertutup rapat. Tiada lagi Ayah yang akan berdiri di muka pintu, tersenyum lebar menyambut Patung Beruang. Sudah 8 bulan Ayah pergi, tapi kenangan makin kuat dihati.
20 December 2025 (Sabtu): Seperti biasa waktu pagi, selepas Dhuha, Patung Beruang bersiap untuk ke kubur Ayah, bersama dengan bunga-bunga segar yang dibeli sebelum itu. Suasana di kubur pagi itu sangat mendamaikan. Hanya terdengar kicauan burung-burung. Semoga tanah perkuburan ini menjadi taman-taman Syurga untuk semua penghuni disini termasuk Ayah, Aamiin..
Dari kubur Ayah, Patung Beruang dan Ibu terus ke Jusco Ayer Keroh. Mak Lang Zairin jemput kami sekeluarga untuk kenduri tahlil pada hari Ahad, 21 December. Malangnya, masing-masih sudah ada aktiviti. Patung Beruang nak bawa Ibu pulang ke KL pada hari Sabtu. Abg dan keluarga pergi bercuti yelah, cuti sekolah pun dah mula. Kak Chik dan keluarga pun ada agenda sendiri. Imran pula staycation dengan kawan-kawan baiknya masa di Lancaster. Makanya, none of us ada di Melaka pada hari Ahad untuk memenuhi jemputan Mak Lang.
Dari awal lagi, Patung Beruang dah plan untuk belikan buah dan juga beri sedikit sumbangan pada Mak Lang, sebagai tanda terima kasih atas kesudian menjemput kami.
Selesai membeli buah di Jusco Ayer Keroh, Patung Beruang dan Ibu terus ke rumah Mak Lang. Rupanya, adik-adik perempuan Ayah yang lain (Mak Cik Aini, Mak Cik Yah dan Mak Busu) pun sudah ada di rumah Mak Lang. Sempatlah kami duduk berbual sebentar bertanya khabar. Patung Beruang mohon maaf kerana kami sekeluarga tak dapat hadir ke Majlis pada keesokkan harinya. Insya-Allah, ada rezeki, kita jumpa lagi.
Selepas Zuhur, Patung Beruang dan Ibu bertolak pulang ke KL. Kenderaan banyak, malah lebih banyak dari hari Jumaat sebelum itu.
Selepas Ayah pergi, Ibu tinggal seorang diri dirumah Ayah. Hari Isnin, biasanya Abang dan keluarga akan datang untuk buka puasa or dinner bersama dengan Ibu. Jumaat pula, Patung Beruang atau Imran akan sampai. Sabtu biasanya full house, Abang sekeluarga dan Kak Chik sekeluarga akan datang untuk our big family dinner, Alhamdulillah... Ada masa-masanya, Patung Beruang dan Imran akan bawa Ibu untuk tinggal bersama kami di KL, seminggu dua.
Well, tinggal di condo KL ini menyeronokkan hanya untuk orang muda. Untuk warga emas seperti Ibu, nampaklah dia agak kekok. Rumah setinggi-tinggi alam diatas awan, tak jumpa tanah, tiada pokok-pokok yang boleh disiram atau dibelek ketika pagi dan petang, tiada jiran-tetangga yang boleh diajak berbual.
Nasib baik Ibu suka membaca. Dan di rumah Patung Beruang pula ada banyak buku-buku menarik yang elok tersusun di personal library itu. Ibu pilih sajalah buku yang dia berkenan, dan duduk membaca di balcony condo. Bila bosan, Ibu leka lihat budak-budak berenang di kolam renang dibawah atau bermain di playground. Ataupun leka lihat kenderaan yang bertali arus di Highway DUKE sebelah condo ini.
Dalam perjalanan pulang ke KL petang itu, perut Patung Beruang dan Ibu mula berkeroncong, minta diisi. Baru teringat yang kami belum lunch. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Jujurnya, Patung Beruang sendiri tak tahu nak makan apa. Tapi entah bagaimana, satu kenangan hinggap di minda ini, Patung Beruang teringatkan Ayah.
Setiap kali Ayah datang ke rumah Patung Beruang, ketika itu di rumah lama di Equine, Seri Kembangan, Ayah akan bawa 2 benda: Nasi Ayam dan Yong Tau Fu. Tanpa gagal. Bila Patung Beruang tanya Ayah beli dimana, jawapannya ringkas; "Ayah beli di RnR je Kak Long."
Patung Beruang tiba-tiba rasa nak makan Nasi Ayam, nak cari kedai mana, RnR mana yang selalu Ayah beli. Ibu kata, Ayah selalu beli di RnR Nilai. Bertahun-tahun Ayah beli di situ.
Tanpa berfikir panjang, Patung Beruang decide untuk berhenti di RnR Nilai. Hati ini tidak putus-putus berdoa;
"Ya Allah, bagi lah ada parking untuk kami berhenti disitu, dan kurniakan lah rezeki untuk kami makan Nasi Ayam yang selalu Ayah beli."
Hujan masih turun renyai-renyai, dan Alhamdulillah, Patung Beruang dapat parking betul-betul di hadapan lot gerai Nasi Ayam di RnR Nilai itu. Terima kasih ya Allah di atas pertolongan-Mu...
Suapan pertama, terasa berat untuk Patung Beruang telan. Rasanya sama seperti apa yang pernah Patung Beruang makan, bertahun-tahun dahulu.
Jujurnya, ini bukanlah Nasi Ayam yang paling sedap yang pernah Patung Beruang makan. Tapi ini adalah Nasi Ayam yang paling mengenyangkan jiwa. Sebab dalam setiap suapan, ada rindu yang lama Patung Beruang simpan.
Bayangan Ayah muncul satu persatu - duduk di meja makan di rumah Seri Kembangan, menikmati Nasi Ayam sambil berbual tentang traffic di highway, tentang kebun, pokok durian, ikan dikolam, burung-burung, monyet dan babi hutan yang suka menceroboh kebun demi mencari makanan. Hal-hal kecil yang kini jadi memori paling mahal.
Patung Beruang tidak pasti samaada diri ini akan mampu untuk singgah lagi di kedai ini. Bukan sebab makanan, tapi sebab setiap suapan kini datang bersama air mata.
Suasana kedai di RnR Nilai agak tenang. Pengunjung tidak ramai. Hujan diluar masih renyai-renyai. Tapi, hujan dalam hati ini, lebat tidak berhenti. Patung Beruang harap Ibu tak perasan yang anak perempuannya ini sedang menahan 1001 rasa sepanjang makan tadi.
21 December 2025: Hari ini genap 247 hari Ayah pergi. Tapi rindu ini, tak pernah berkurang. Malah, makin terasa dalam setiap hal yang kecil - termasuklah satu pinggan Nasi Ayam di RnR Nilai....
Semalam ketika dalam kereta, Ibu tanya Patung Beruang tak nak pergi bercuti ke? Yelah, semua orang bercuti tapi Patung Beruang masih setia dengan tugasan.
Patung Beruang hanya tersenyum....
Entah..
Rasa seperti tidak layak untuk bercuti dan bergembira kerana selama ini Patung Beruang hanya bercuti dengan Ibu Ayah, atau berdua dengan Imran, atau berseorangan saja.
Patung Beruang takut bila pergi bercuti, Patung Beruang akan mengimbau semua memori dengan Ayah, dan akhirnya Patung Beruang hanya akan menangis.
Ya Allah, sakitnya rasa ini..
Bila jiwa ini pecah berderai dek kehilangan, segala harta, wang ringgit dan kesenangan dunia seakan tiada lagi makna. Kerana yang paling hilang... adalah rasa untuk terus hidup...
Tidak mengapalah Ilyana..
Ada hari, kamu rasa lemah sangat.
Dan ada hari pula, kamu rasa mahu berjuang untuk terus hidup.
Teruskan berusaha, walau perlahan, tetaplah berjalan.
Ada janji yang perlu ditunaikan.
Ada amanah yang perlu dilunaskan.
Allah nampak semua usaha kamu.
Allah nampak semua tangisan kamu.
Sabar...
Teruskan jadi anak yang baik, hamba Allah yang baik, insan yang baik.
Sehingga detik kamu di jemput pulang ke Sana....


No comments:
Post a Comment