12 December 2025.. Happy Birthday Patung Beruang!!!
Pejam celik tahu-tahu diri ini kini genap berusia 43 tahun. Hm...tarik nafas panjang sedikit. Age is just a number 😁
Tahniah Ilyana Bustan aka Patung Beruang kerana berjaya hidup sehingga ke hari ini.
Yes, I should congratulate myself.
2025,
Tahun yang penuh cerita dan warna.
Tahun 2025 bermula dengan smooth. Patung Beruang seronok menghitung detik-detik ulangtahun pertama di MDEC. Jujurnya, Patung Beruang tak pernah terfikir untuk berkhidmat disana. Rezeki Allah yang tentukan. Industry dan Division yang baru untuk Patung Beruang, dan factor utama Patung Beruang terima offer mereka adalah kerana lokasi pejabat di Cyberjaya, which jarak dari rumah cuma 8km saja. Selama berbelas-belas tahun Patung Beruang kerja, inilah pertama kali Patung Beruang dapat lokasi ofis yang paling dekat dengan rumah, Alhamdulillah..
Sebelum bermula Ramadhan, Patung Beruang sempat bercuti beberapa hari di The Westin, Desaru. Sayangnya, ketika itu musim hujan dan ombak pula kuat jadi memang tak boleh nak mandi laut. Cuba juga pergi ke Pantai Batu Layar yang terletak beberapa km saja dari The Westin, manalah tahu ada rezeki untuk kecebur-kecebur. Sayangnya, di Pantai Batu Layar pun tiada rezeki juga. Bendera merah berdiri sepanjang pantai.
Akhirnya, Patung Beruang pergi melawat Muzium di Tanjung Balau. Well, sesiapa yang kenal Patung Beruang mesti perasan yang kalau pergi bercuti, Patung Beruang suka pergi muzium. Tak kisah lah muzium apa pun. Bila dah berumur ini, Patung Beruang lebih menghargai semua ilmu dan maklumat yang diperolehi dari lawatan sebegitu. In fact, Patung Beruang boleh habiskan masa berjam-jam untuk menatap setiap koleksi dan pameran yang ada. Hm.. such a nerd, right? hehehe..
Ramadhan 2025..
Sangat berbeza dengan Ramadhan tahun-tahun sebelum ini.
Isnin, 10 March 2025 (9 Ramadhan) - Patung Beruang bawa Ayah ke Klinik Kak Chik untuk buat full medical check up. Ibu cakap Ayah nampak lemah saja, jadinya Kak Chik suggest untuk datang ke Klinik dia on Monday. Patung Beruang sampai di rumah Ayah dalam pukul 7 pagi. Ketika kereta sampai di hadapan rumah, Ayah juga ada diluar, sedang buang sampah. Patung Beruang masih ingat pandangan Ayah pada pagi itu, matanya tak bersinar seperti biasa setiap kali kami anak-anak pulang. Wajahnya terlihat sangat penat.
Check up di Klinik berjalan lancar. Buat ujian darah, air kencing, jantung dan x-ray. Segalanya Kak Chik sudah aturkan jadi proses sangat cepat. Tidak sampai sejam, semuanya selesai dan kami pulang ke rumah.
Dalam hampir pukul 12 tengahari, Kak Chik maklumkan dalam group whatsapp kami adik-beradik, result darah Ayah sudah keluar. Bacaannya tidak cantik terutama yang melibatkan hati. Dalam masa yang sama, x-ray Ayah menunjukkan salah satu paru-parunya lebih kecil berbanding biasa. Kami sepakat untuk bawa Ayah ke Pantai Hospital pada hari itu juga for further check-up.
Memandangkan masa masih awal, Kak Chik terus siapkan Referral Letter untuk Ayah. Patung Beruang bergegas semula ke Klinik untuk ambil Referral Letter. Mujur jarak Klinik Kak Chik dan rumah Ayah tidak jauh, hanya memakan masa dalam 20 ke 30 minit untuk drive.
Di Klinik, Patung Beruang minta Kak Chik terangkan apa sebenarnya keadaan Ayah. Lebih selesa berbincang berdua tanpa kehadiran Ibu Ayah sebab Patung Beruang tak nak mereka risau.
Kak Chik cakap, looking at the result, ada 2 kemungkinan, samaada Ayah ada Kanser Hati atau Tuberculosis (TB). Tapi TB itu agak pelik sebab Ayah tak batuk, dan seingat kami, Ayah sudah jarang sangat keluar rumah. Makanya, untuk mengelakkan kami lebih risau, lebih baik pergi hospital untuk buat comprehensive test, memandangkan hospital mempunyai peralatan yang lebih lengkap berbanding di Klinik Kak Chik.
Dalam pukul 3 petang, kami bawa Ayah ke Pantai Hospital Ayer Keroh. Mulanya Ayah enggan tapi selepas dipujuk, akhirnya dia bersetuju juga. Alhamdulillah..
Di Emergency, Ayah terus diperiksa dengan teliti oleh nurse dan doctor. Patung Beruang dan Ibu duduk di ruang menunggu dengan rasa berdebar. Kami nampak mereka menolak katil Ayah menuju ke lab atau mungkin bilik rawatan lain.
Hampir pukul 7 petang, kami dipanggil ke katil Ayah. Doctor Khai datang dan bertanya keadaan Ayah, dibahagian mana Ayah rasa sakit etc. Akhirnya, Doctor Khai bagitau yang Ayah kena bermalam di wad, untuk rawatan susulan. Kami akur kerana itu yang terbaik untuk Ayah.
Doctor Khai beredar dan selang beberapa minit, seorang nurse datang ke arah kami dan maklumkan yang Doctor Khai nak jumpa Patung Beruang.
Jam ditangan menunjukkan lagi 5 minit sebelum waktu berbuka puasa. Jujurnya, Patung Beruang tak beli apa-apa makanan untuk berbuka puasa. Yang ada, cuma air mineral yang dibeli di vending machine diluar Emergency. Tak rasa lapar atau dahaga pun pada hari itu.
Bersama dengan Doctor Khai, ada seorang lagi doctor yang sama-sama merawat Ayah di Emergency sedang menunggu Patung Beruang. Kami bertiga berdiri di satu sudut kecil di Emergency, jauh dari katil Ayah. Berdepan dengan kami ada sebiji PC dan di monitornya sedang memaparkan 1 slide.
"Ayah awak ada Kanser Hati, terminal stage. Keadaan dia kritikal." Tutur Dr Khai dengan tenang.
Patung Beruang hanya mampu menghela nafas panjang tatkala bibir mengucap Allahuakbar.
Patung Beruang: Dateline dia, Doctor?
Dr Khai: Sebulan. Tapi ini semua bergantung pada ketentuan Allah.
Patung Beruang: What should we do now?
Dr Khai: Kanser dia dah merebak ke organ lain. Nothing we can do except palliative care. Kita bagi dia selesa dalam waktu-waktu terakhir dia. Bear in mind, keadaan dia akan makin merosot.
Sehingga ke saat ini, Patung Beruang masih boleh recall kejadian pada hari itu dengan detail. Setiap apa yang berlaku, butir bicara, suasananya etc.
Slide yang terpapar di monitor PC itu adalah keadaan dalam badan Ayah.
Dr Khai terangkan satu-persatu apa yang ditunjukkan di slide tersebut. Rupanya, kanser itu menyebabkan hati ayah membesar berkali-kali ganda dari size hati manusia normal. Selain itu, disekeliling organnya ada banyak air. Hati yang bengkak dan kuantiti air yang banyak menyebabkan sebelah paru-paru Ayah terhimpit. Itu sebabnya keputusan x-ray di Klinik Kak Chik menunjukkan size paru-paru Ayah di kedua belah tidak sama. Sel-sel kanser juga sudah mula menyerang buah pinggang, limpa dan beberapa bahagian saluran darah.
Untuk pertama kalinya, Ayah bermalam di wad hospital sebagai pesakit.
Bila diingatkan semula, Patung Beruang bersyukur sangat-sangat apabila Allah bagi Patung Beruang tenang ketika saat itu. Tenang sangat walaupun berita itu terlalu berat. Mungkin juga sebab Kak Chik dah bagi hipotesis dia ketika di Klinik. Jadi, Patung Beruang sudah prepare mental untuk worst case scenario.
Dalam hati ini tertanya-tanya, betul ke kami cuma ada masa sebulan saja untuk bersama dengan Ayah?
Tak kan lah..
Ayah boleh bercakap, boleh bergerak, boleh makan dan minum. Ya, dia nampak lemah tapi tak kan lah sebulan saja lagi?
Jujurnya, itulah persoalan yang kerap bermain-main dalam kepala ini sejak malam itu..
10 March 2025 (Isnin) - apa yang Dr Khai sampaikan pada Patung Beruang, Patung Beruang share dengan adik-adik dalam Whatsapp Group. Dengan Ibu, Patung Beruang maklumkan ketika dalam kereta, semasa perjalanan pulang ke rumah lewat malam itu.
11 March 2025 (Selasa) - lepas Subuh, Patung Beruang terfikir that we should inform Abg Long juga pasal Ayah. Abg Long tetap anak Ayah walau kami tidak dilahirkan dari rahim yang sama. Tapi Patung Beruang prefer untuk cakap berdepan dari melalui telefon atau whatsapp. Alhamdulillah, Allah permudahkan, Abg Long maklumkan yang dia akan pulang ke Melaka hari Rabu nanti.
12 March 2025 (Rabu) - Patung Beruang pulang ke Selangor sebab kena masuk ofis on that day. Jadi, Abg dan Imran saja yang jumpa Abg Long di Homestay Bukit Bayan. Now, Patung Beruang rasa lega kerana semua anak-anak Ayah sudah tahu keadaan Ayah.
13 March 2025 (Khamis) - Doctor benarkan Ayah pulang ke rumah, Alhamdulillah. Ketika ini, ada 2 doctor yang pegang file Ayah, iaitu Dr Khai dan Dr Fikri. Dr Khai selalu pesan pada kami untuk bersiap-sedia kerana keadaan Ayah akan makin merosot. Dr Fikri pula minta kami monitor dan rekodkan bacaan gula Ayah, 2 kali sehari.
14 March 2025 (Jumaat) - Pagi. Patung Beruang dan Ayah duduk di meja makan. Doctor tak benarkan Ayah puasa kerana ada ubat yang perlu dimakan ikut waktunya. Selepas Ayah makan ubat, dia bertanya;
Ayah: Ayah ini sakit apa sebenarnya, Kak Long?
Patung Beruang: Mana ada Ayah sakit? Tak lah. Cuma gula Ayah tinggi saja. Tu yang kena makan ubat.
Ayah: Awak jangan bohong Ayah. Baik awak terus-terang dengan Ayah.
Patung Beruang: Betul. Ayah cuma ada masalah gula je.
Ayah: Kalau gula je, kenapa ada banyak ubat Ayah kena makan? Lepas tu, kat hospital, nurse kejap-kejap cucuk ayah, amiklah darahlah, masuk airlah. Lepas tu, kena tolak pergi makmal lagi.
Checkmate!!!
I'm talking with my father, not a kid. He knows something wrong somewhere, but he could not figure out what it is.
Patung Beruang: Betul Ayah nak tahu?
Ayah: Ye... Awak cakap je lah dengan Ayah, apa sebenarnya sakit Ayah ini.
Akhirnya, Patung Beruang berterus-terang juga dengan Ayah ketika itu.
"Ayah ada Kanser Hati, dan doctor sedang berusaha untuk pulihkan Ayah. Itu sebab Ayah kena makan banyak sangat ubat selepas keluar dari hospital."
Ya.. Patung Beruang berbohong dengan Ayah pada pagi itu..
Patung Beruang tak mampu nak cakap yang kanser Ayah sudah tiada rawatan yang boleh dijalani kerana ia sudah merebak dan factor usia Ayah hampir 76 tahun, sangat fragile. Dr Khai bagitau tubuh Ayah tidak mampu untuk terima rawatan.
Patung Beruang tak mampu nak cakap apa yang kami buat ini adalah semata-mata agar Ayah selesa dalam menghadapi hari-hari terakhirnya.
Patung Beruang tak mampu nak cakap Dr Khai asyik pesan yang keadaan Ayah akan makin merosot.
Dan Patung Beruang tak mampu nak cakap yang Ayah cuma ada sebulan saja lagi...
Ayah, maafkan saya kerana berbohong. Ayah tahu yang saya sangat benci berbohong. Tapi untuk pagi itu, saya tak mampu untuk berkata benar. Saya tak cukup kuat...
Bermula dari 10 March 2025, Patung Beruang menghitung hari. Hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Setiap kali orang tanya, sejak bila Ayah sakit, Patung Beruang akan jawab exact number of days seperti, "Hari ini hari ke-20 lepas Ayah diagnose kanser." "Hari ini, hari ke-25." "Hari ini, hari ke-30."
Dan sejak itu juga, setiap kali solat, doa Patung Beruang di sujud terakhir adalah sama, "Ya Allah, jika sudah sampai ajal Ayah, cabutlah nyawanya dengan selembut-lembutnya dan matikan dia dalam Husnul Khatimah. Permudahkan semua urusan pengakhirannya di dunia ini."
Betullah, Allah itu Maha Adil.
Dalam masa kami diuji dengan kisah Ayah, Allah hadirkan secebis kegembiraan melalui kisah-kisah lain.
Di bulan Ramadhan yang sama, Imran sign S&P untuk condo baru dia di KL. Patung Beruang yang temankan dia pergi gallery developer untuk lihat show house.
Cantik. Imran ambil unit di tingkat 38 dari 42. Tingkat yang tinggi, udara sejuk dan pemandangan yang cantik, Alhamdulillah..
Hari yang sama Imran sign S&P, Patung Beruang beritahu Ayah;
Patung Beruang: Ayah kena cepat sembuh tau untuk tengok rumah baru Imran. Condo itu akan siap 2027 nanti.
Ayah hanya tersenyum.
Hati ini sebak kerana tahu Ayah tak akan sempat sampai ke saat itu.
2 tahun, Ilyana. 2 tahun!!!
Dr Khai cakap apa? Sebulan ... Ye, betul, bergantung juga pada ketentuan Allah. Fikir logic lah Ilyana, lagi beberapa minggu ayah akan genap berumur 76 tahun. Jangan beri harapan palsu pada Ayah dan diri kamu sendiri...
15 April 2025 (Selasa): Patung Beruang dapat Offer Letter dari HR Sapura. Of course, orang pertama yang Patung Beruang bagitau adalah Ayah. Seperti biasa, Ayah hanya senyum.
Patung Beruang: Nanti gaji pertama, saya open table ye. Saya bawa Ayah pergi Double Tree, untuk dinner. Tempat yang Imran bawa Ibu Ayah tahun lepas masa celebrate birthday Ayah.
Ayah: Tak kisahlah Kak Long. Awak kerja elok-elok. Ayah sentiasa doakan awak.
Lidah ini menuturkan impian yang indah-indah tapi hati ini sudah lama terdetik yang Ayah tak akan sempat lihat saya masuk Sapura.
Memang betul pun...
Akhirnya,
18 April 2025, Jumaat (Hari ke-38) - ketika jam berdetik 1 pagi, Ayah pergi dengan tenang di rumah.
2 jam sebelum Ayah menghembuskan nafas terakhirnya, Patung Beruang duduk disamping Ayah, usap tangannya yang kelihatan sangat uzur. Mata Ayah tutup dan dadanya kelihatan bernafas tenang.
Tangannya penuh dengan lebam, kesan dicucuk jarum sejak Ayah pertama kali ditahan di hospital.
Patung Beruang berbisik;
"Ayah rehatlah ya. Jika sudah sampai masa untuk Ayah pergi, pergilah. Saya redha. Saya janji saya akan jaga ibu, jaga adik-adik sehabis baik."
Ayah senyap saja. Tiada reaksi apa. Tapi Patung Beruang tahu Ayah dengar setiap butir bicara.
18 April 2025 (Jumaat) - Tepat pukul 8 pagi, van jenazah datang ke rumah, ambil jenazah Ayah dan bawa ke masjid untuk diuruskan.
Jenazah Ayah sangat bersih. Pampersnya kering, tiada setitik pun najis. Pampers terakhir ditukar pada hari Khamis, 17 April, selepas Asar oleh nurse yang datang ke rumah. Selepas tukar pampers, nurse minta izin untuk potongkan kuku tangan dan kaki ayah. Nurse cakap tubuh badan Ayah bersih sangat. Walaupun Ayah hanya terbaring di katil sepanjang masa, tapi badan Ayah tiada luka, tiada bed sore walau sedikit.
Pagi itu, jenazah Ayah dimandikan oleh semua ketiga-tiga anak lelakinya (Abg Long, Abg dan Imran), selepas diberi tunjuk ajar oleh petugas masjid. Selepas hampir selesai jenazah Ayah dimandikan, Patung Beruang dipanggil untuk melihat jenazah Ayah. Wajah Ayah tersenyum tenang, bersih, rambut dan kukunya cantik. Ya Allah..
Alhamdulillah, semua urusan pengebumian selesai begitu pantas.
Semua anak-anak lelaki Ayah turun ke liang untuk menyambut jenazah Ayah, dan juga sama-sama mengambus tanah kubur.
Tatkala jam menunjukkan pukul 10.30 pagi, segala-galanya sudah selesai.
Sangat pantas seolah-olah Ayah tidak sabar untuk bertemu dengan Pencipta-nya.
Berehatlah Ayah dengan tenang.
Kami 5 orang anak Ayah ini, akan sentiasa mendoakan Ayah walau dimana pun kami berada.
Kami akan saling menjaga satu sama lain.
Dan saya, akan berusaha pegang janji saya pada Ayah...
19 April 2025 (Sabtu) - Hari ini hari ulang tahun Ayah ke 76. Jika dulu, kami pasti akan masak makanan kegemaran Ayah, beli kek dan celebrate satu keluarga. Kalau tak pun, kami akan bawa Ayah makan diluar. Ada beberapa tempat makan kegemaran Ayah di Melaka ini. Jadi, tidak sukar untuk kami buat pilihan.
Tapi.. kali ini Ayah sudah tiada..
Ayah sudah selamat dikebumikan pagi semalam. Tiada lagi sambutan hari jadi. Yang tinggal hanya hari kematian..
12 December 2025: Jumaat.
Hari ini hari ke-238 selepas Ayah pergi.
Ya, Patung Beruang masih mengira setiap hari. Cuma starting date berbeza.
Jika dulu, starting date adalah 10 March 2025, kini starting date adalah 18 April 2025 pula.
Jujurnya, Patung Beruang masih menangis terutama ketika baca Al-Quran disetiap Subuh. Rindu ini sangat menyakitkan...
Kunjungan ke pusara Ayah setiap minggu atau 2 minggu sekali, tidak mampu menghilangkan beban rindu ini.
Patung Beruang rindu untuk menatap wajahnya yang tenang.
Rindu untuk bersembang dengan Ayah, biasanya cerita tentang pokok-pokok, buah-buahan di kebun, tentang durian, atau kisah monyet, burung-burung, atau ayam-ayam.
Patung Beruang rindu bila setiap kali pulang ke rumah ketika hari Jumaat lepas kerja, tatkala kereta masuk ke porch, Ayah dah tunggu Patung Beruang di pintu rumah. Bila Patung Beruang keluar saja kereta, dia akan tanya,
"Ada apa yang Ayah boleh tolong angkat?"
Ayah sangat excited lihat anak perempuan sulungnya ini.
Act of service is his love language.
Walau hanya 1 beg laptop, dia tetap excited untuk angkat dan bawa masuk ke rumah.
Tak kisahlah betapa lewat Patung Beruang sampai Jumaat itu, Ayah tetap akan tunggu.
Dan bila hari Ahad pula, tatkala Patung Beruang nak pulang ke Selangor, ayah akan cakap,
"Meh sini, Ayah tolong angkat beg awak letak dalam kereta."
"Kak Long, ini ada buah jambu, ayah pack kan untuk awak. Nanti makan tau."
"Kak Long, jangan merempit. Ada speed trap kat highway itu."
Setiap kali Patung Beruang duduk di gazebo tepi rumah Ayah, bayangan ini akan sentiasa bermain di mata:
"Ayah ada bawa balik kelapa muda. Awak nak minum?"
"Biar Ayah kopek kan kelapa muda ini. Awak tolong ambil jug kat dapur."
"Sedap Kak Long air kelapa ini. Tak payah letak gula pun."
Ya, gazebo itu adalah tempat Ayah selalu letakkan kelapa muda yang dia bawa balik dari kebun. Selepas kupas, kami duduk berdua menikmati air kelapa fresh sambil bersembang. Ditemani burung-burung yang berkicau, atau pun tupai yang meniti diatas kabel elektrik atau kabel telekom di depan rumah.
Kalau tiba-tiba ada kucing melintas, mesti Ayah akan cakap;
"Tengok kucing itu. Dia suka tidur atas Triton. Penat Ayah basuh kereta. Lepas itu, kadang-kadang dia berak kat depan gate tu.. Shuuuuu.. pergi lah kucing."
Hehehehe.. well, Ayah ok je dengan kucing as long as kucing tak berak kat kawasan rumah dia.
Setakat ini, hanya Kembang saja satu-satunya kucing yang bertakhta dalam hati Ayah. Tapi apa kan daya, Kembang pun dah bertahun-tahun hilang dari rumah Ayah ini... Entah masih hidup atau tidak Kembang itu.
Kini, semuanya hanya tinggal memori. Yang tak akan boleh diulang semula.
Ia seperti rakaman video, yang sentiasa bermain-main di mata dan fikiran, berulang kali.
Kini, tiada lagi insan yang tunggu Patung Beruang di pintu setiap kali kereta Patung Beruang sampai dirumah.
Kini, tiada lagi insan yang tanpa jemu menawarkan diri untuk bantu angkat beg.
Kini, tiada lagi insan yang bersusah-payah pack kan buah-buahan untuk Patung Beruang bawa pulang.
Kini, tiada lagi insan yang bagi pesanan supaya Patung Beruang tak drive laju-laju, (walaupun kami 5 beradik ini memang semuanya jenis drive laju, sama macam Ayah zaman muda-muda, hehehe)...
Sakit sangat rasa ini, Ya Allah..
Jiwa ini turut pergi bersama-sama dengan Ayah ketika 18 April itu..
Banyak hari Patung Beruang rasa tak mampu untuk harunginya.
Rasa hilang motivasi untuk terus hidup.
Rasa hidup ini sudah tiada apa untuk dikejar.
Dan banyak kali juga Patung Beruang berkata pada diri sendiri, jika sudah sampai masa untuk Patung Beruang pulang ke Pencipta, aku redha, Ya Allah. Ambillah nyawa ini kerana hidup dalam beban kerinduan dan kesedihan ini, sudah tak mampu untuk ditanggung lagi.
Tapi..
Ustaz cakap, kita masih hidup kerana cerita kita belum habis.
Bagi Patung Beruang pula, mungkin juga kerana diri ini banyak dosa, belum cukup bersih untuk pulang ke pangkuan-Nya.
Makanya, perlahan-lahan Patung Beruang cuba untuk bangkit. Tidak mudah tapi tetap berusaha sehabis daya.
Berusaha jadi hamba yang baik dan diredhai-Nya, supaya nanti Patung Beruang boleh minta pada Allah untuk jumpa Ayah di Syurga.
Hari lahir yang ke-43, tiada sambutan apa pun. Tiada percutian seperti yang biasa Patung Beruang lakukan. Patung Beruang hanya duduk dirumah bersendirian dan membaca buku yang Patung Beruang beli di Kinokuniya KLCC semalam. Buku bertajuk "Reasons to Stay Alive." Yes, dalam keadaan sekarang, I really need it..
Setiap kali birthday, selain bercuti, Patung Beruang akan beli hadiah untuk diri sendiri juga. Lebih kepada perhargaan pada diri setelah berusaha keras selama ini.
Ada tahun, hadiah biasa-biasa saja. Tapi ada juga tahun yang hadiahnya luar biasa, Alhamdulillah...
Buku, jam, kasut, cincin diamond, sehingga semahal-mahal hadiah seperti kereta atau rumah.
Betul, rumah di Melaka itu Patung Beruang jumpa dan jatuh hati pada 12 Disember 2016. Dan terus bayar booking pada hari yang sama..
Kereta pula, Mr 3 itu Patung Beruang beli pada Disember 2015.. Walaupun orang kata, rugi beli kereta hujung tahun sebab nanti value jatuh bila masuk January.. Well, Patung Beruang beli Mr 3 itu bukan untuk jual terus pada bulan depan, hehe.. Cuma Si Putih saja, Patung Beruang beli ketika pertengahan tahun 2024. Yelah, tangan dah gatal kan..
Untuk tahun 2025 ini, Patung Beruang cuma beli 2 naskah buku dan sebotol perfume. Itu saja..
Sebenarnya, Patung Beruang tak tahu nak beli apa..
Selepas kerja, Patung Beruang pergi KLCC untuk dinner dengan Imran.
Tak plan awal pun. Kami hanya set sehari sebelum itu, sebab dah lama kami tak dinner berdua, bercerita pasal kerja masing-masing. Alang-alang Patung Beruang pun baru selesai BAC meeting, so take this opportunity to relaks and enjoy siblings moments.
Sebelum ke restaurant, Patung Beruang singgah kejap di Kino untuk lihat jika ada buku yang menarik. And lepas dinner, masa nak ke parking, ternampak Sephora, saja lah tengok kalau ada perfume yang boleh Patung Beruang beli alang-alang perfume dirumah dah nak habis.
Jika ditanya, apa harapan Patung Beruang untuk tahun depan?
Jawapannya, nothing...
Just go with the flow sebab there must be reasons why Allah put me in this situation.
Jika masih diizinkan bernafas, Alhamdulillah.. Jika sudah sampai masa untuk pergi, pun Alhamdulillah...
Patung Beruang ada janji yang perlu ditunaikan.
Janji pada Ayah, untuk jaga Ibu dan adik-adik sehabis baik. Cuba untuk tunaikan sehabis daya walaupun jaga diri sendiri pun Patung Beruang rasa seperti tidak mampu.
Janji pada Khairel, untuk develop semula Department kami. Groom young auditors supaya mereka jadi lebih hebat dari kami.
Ya, kerana janji ini, Patung Beruang nekad lapor diri di Sapura pada 16 June 2025 dan masih bertahan sehingga hari ini.
Kalau ikut hati, mahu saja Patung Beruang decline the offer dan ambil career break. Pergi travel around the world, buat charity works.. Tapi adakah itu akan sembuhkan luka dalam hati ini?
Entah..
Perjalanan hidup ini penuh misteri.
Allah sedang didik hati Patung Beruang untuk lepaskan dunia.
Sayang macam mana pun Patung Beruang pada Ayah, dia tetap milik Allah. Makanya, Allah berhak untuk ambil dia semula.
So, itulah snapshot tahun 2025..
Happy Birthday, Ilyana Bustan aka Patung Beruang..
Tahniah kerana masih bertahan sehingga ke hari ini.
Tahniah kerana masih kekal rasional.
Tahniah kerana tidak membuat apa-apa keputusan yang tak bijak.
Rasa rindu dan sedih itu tetap akan ada sehingga kamu menutup mata.
Tetapi, sekurang-kurangnya kamu dah berusaha sehabis baik untuk teruskan hidup.
Insya-Allah, Ayah bahagia di Sana..
Teruskan jadi anak yang baik, hamba Allah yang baik, insan yang baik sehingga tiba detik untuk kamu pula pulang ke Sana.....

