Tajuk: Mengetuk Pintu Hati
Penulis: Mohd Razali Kamarudin
Ceritanya Patung Beruang:
Alhamdulillah, Patung Beruang masih dikurniakan kesempatan untuk menulis Book Review.
Bulan April ini adalah bulan yang sangat menyesakkan. Dari awal bulan, sehinggalah hampir ke penghujung bulan. Bergerak ke sana sini, macam-macam aktiviti dan urusan kerja, benar-benar telah membataskan kesempatan untuk Patung Beruang menulis sepatah dua di blog ini.
Jumlah buku-buku yang selesai dibaca tetapi masih belum ditulis book review, semakin hari semakin bertambah. Sengaja Patung Beruang susunkan buku-buku tersebut di atas meja tulis, disudut tepi. Kedudukannya sangat strategik kerana susunan yang semakin lama semakin tinggi ini cepat sahaja ditangkap oleh pandangan mata. Harap-harap Patung Beruang dapat sabar dan tekun menulis book review satu persatu untuk semua buku-buku ini. Aamiin...
Jumlah buku-buku yang selesai dibaca tetapi masih belum ditulis book review, semakin hari semakin bertambah. Sengaja Patung Beruang susunkan buku-buku tersebut di atas meja tulis, disudut tepi. Kedudukannya sangat strategik kerana susunan yang semakin lama semakin tinggi ini cepat sahaja ditangkap oleh pandangan mata. Harap-harap Patung Beruang dapat sabar dan tekun menulis book review satu persatu untuk semua buku-buku ini. Aamiin...
Menariknya Buku Ini:
Buku Mengetuk Pintu Hati ini mempunyai 30 Bab yang menarik disusun demi tatapan pembaca, yang dikumpulkan menjadi 3 Bahagian iaitu:
- Bahagian 1: Kuliah Hati
- Bahagian 2: Mengaktifkan Kesedaran Dalam Diri
- Bahagian 3: Latihan Mengetuk Pintu Hati Terpilih
Sebagai membuka bicara, penulis membuka ruang pembacaan dengan memberi penerangan secara ringkas berkenaan dengan tiga (3) komponen hati iaitu:
- Shodr : Hati terluar dimana peranannya dimainkan oleh pemikiran, pancaindera dan dikaitkan dengan minda sedar.
- Qalb : Pintu masuk "sesuatu" dari SHODR ke FUAD atau pintu keluar "sesuatu" dari FUAD ke SHODR.
- Fuad : Hati yang paling dalam. Hati nurani yang suci dan memiliki sifat yang paling kuat.
"Kita solat berjemaah disurau atau dimasjid. Usai solat dan berdoa, hati kita rasa tenang sangat. Kita terasa betapa kerdilnya diri ini dihadapan Allah swt. Kita mula memasang niat untuk menjadi hamba-Nya yang soleh/solehah dan mengekalkan ketenangan hati ini. Keluar dari surau atau masjid, ketika di pertengahan jalan untuk pulang ke rumah, kita terserempak dengan jiran disebelah rumah kita. Jiran ini ada menanam sebatang pokok mangga dihalaman rumahnya. Namun, daun-daun yang banyak, seringkali berterabur masuk ke halaman rumah kita sehingga rumah kita nampak semak dan kotor. Sudahlah tu, sebiji buah mangga pun tidak pernah dihulurkan kepada kita. Disebabkan situasi sebegini, kita jadi menyampah dengan jiran tersebut. Maka, kita yang sedang pulang dari masjid/surau ini, secara automatik hati ini terus berkata yang bukan-bukan (mengumpat) jiran ini tatkala terlihat kelibatnya."
Allahuakbar... Bukankah baru sebentar tadi kita berazam hendak menjadi hamba Allah yang soleh/solehah? Bukankah tadi kita berniat nak mengekalkan ketenangan hati ini? Jadi, mengapa sekarang kita mengumpat jiran kita didalam hati? Tenangkah kita? Soleh/solehah kah kita?
Itulah hati kita. Sesaat dia tunduk kepada Yang Maha Pencipta. Tetapi sesaat kemudian, dia melakukan maksiat. Itulah "Hati, Sifatnya Bolak Balik", Kuliah Hati 4.
Oleh kerana hati ini memang sifatnya bolak balik, kita kenalah berusaha keras untuk mendidiknya. Kalau istilah ganas sikit, kena "ketuk"..
Tapi, nak ketuk dengan apa??
1. SOLAT..
Solat sepatutnya dapat menjadikan hati ini lebih tunduk kepada Pencipta. Hati ini lebih lembut. Hati ini lebih terdidik.
Namun ada juga manusia yang zahirnya nampak solat penuh 5 waktu, siap dengan sunat sekali. Namun, usai sahaja solat, maksiat mulut, hati, tangan, mata dan kaki bersambung kembali. Dan kita mula tertanya-tanya, mengapa manusia ini masih melakukan maksiat sedangkan baru sebentar tadi kita nampak dia sedang bersolat???
Adakah kita juga sama seperti manusia diatas?? Jika jawapannya ya, sekarang mari kita teliti perkara-perkara;
Adakah sempurna solat kita?
Adakah kita bersolat kerana Allah?
Atau mungkin kerana inginkan pujian dan sanjungan manusia?
Adakah kita ikhlas dalam bersolat?
Adakah kita bersolat dikala susah dan senang? Atau kita hanya bersolat jika ada kelapangan?
Adakah kita memahami setiap apa yang kita lafazkan didalam solat tersebut?
Atau mungkin kita hanya menyebut dimulut tetapi tidak dihati? Ibarat burung kakak tua, petah berbicara tetapi dia sendiri tidak mengerti biji butirnya..
2. TAUBAT..
Bilakah kali terakhir kita bertaubat? Bertaubat dengan hati, bukan setakat di bibir saja?
"Ah.. aku ini tak pernah buat dosa besar. Kenapa aku nak bertaubat??"
"Aku ini masih muda. Belum puas merasa nikmat hidup. Nanti dah tua, barulah aku bertaubat."
Mungkin kata-kata diatas pernah kita lafazkan atau terlintas dihati.
Jika ya, jangan diulang lagi.
Taubat sepatutnya dijadikan sebagai amalan harian. Kita ini hamba yang lemah dan jahil. Tidak pernah terlepas dari melakukan dosa walau sebesar zarah. Maka, sewajarnya taubat itu menjadi rutin kehidupan kita agar hati ini sentiasa sedar bahawa setiap tindak tanduk, kata-kata, lintasan hati dan fikiran, ada Pencipta yang sentiasa melihat dan memerhati.
Bagaimana jika kita meninggalkan dunia ini tanpa sempat kita bertaubat???
3. BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA...
Jasa ibu bapa pada kita terlalu banyak dan tidak mungkin untuk kita membalas kesemuanya. Selain itu, untuk kita mendapat redha Allah, redha ibu bapa harus diperoleh terlebih dahulu. Resepi untuk mendapat redha ibu bapa adalah dengan sentiasa berbuat baik kepada mereka.
Moga kita tergolong sebagai anak-anak yang membahagiakan ibu bapa di dunia dan di akhirat, Aamiin..
Begitulah serba sedikit perkongsian dari buku Mengetuk Pintu Hati ini. Sebenarnya ada banyak lagi tips yang bagus untuk mengetuk pintu hati kita, yang diberikan oleh penulis. Tapi, tak adil lah kalau Patung Beruang senaraikan semuanya disini, kan??
Kesimpulannya, buku Mengetuk Pintu Hati ini sangat santai tapi bermanfaat. Banyak tips-tips berguna yang dikongsi disini. Gaya penulisan yang santai membuatkan Patung Beruang leka membaca dan tau-tau, dah habis.. hehe.. Moga karya ini memberi manfaat semaksimum mungkin kepada semua pembacanya, Aamiin...
Oleh itu, apa lagi? Mari kita sama-sama "Ketuk Pintu Hati" kita agar tidak tersesat di kehidupan ini..