Saturday, February 26, 2011
Samson & Delilah
Thursday, February 24, 2011
Terima Kasih Cinta
- Cinta luar biasa antara Cikgu Elyas dan Puan Rubiah
- Cinta tanpa batasan antara arkitek muda, Harris dan isterinya Airin
- Cinta yang tidak disangka antara young businessman, Azlan dan pekerja kedai buku, Azura
- Cinta suci antara Arianna, seorang gadis yang idealistik dan Taufiq, wartawan muda
- Cinta abadi antara seorang kakak, Dyan dan adik lelakinya, Dani
Teater ini penuh dengan lagu2 yang sedap dan gerak tari yang menarik. Pelakon yang handal dan bersungguh-sungguh menjiwai watak mereka. Kalau nak tau, watak kegemaran Patung Beruang adalah watak Harris yang dibawa oleh Tony Eusoff. Watak dia nampak sangat hidup dan sebenarnya pun Patung Beruang memang meminati jejaka kacak ini, hehe..
Tema cinta yang dipersembahkan adalah tema yang universal. Ya, semua orang ada perasaan cinta. Cinta yang suci dan bukannya berlandaskan nafsu semata-mata. Cinta yang menjadikan hidup ini berwarna-warni. Cinta yang memberikan sinar dan harapan kepada insan yang memerlukan. Cinta yang datang tanpa diundang tetapi kehadirannya meninggalkan kesan yang mendalam. Cinta yang mampu menukarkan impian menjadi kenyataan dan kesedihan menjadi kegembiraan. Cinta yang mampu menyembuhkan kesakitan dan mendatangkan kegembiraan. Cinta yang membuatkan seseorang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan insan yang dicintai. Terima kasih cinta :)
Sunday, February 20, 2011
Cerita Si Bawang..
- Bawang merah mengandungi kalsium, fosfor, zat besi, karbohidrat, vitamin A dan C serta zat yang membantu proses pembuangan air kecil dan besar.
- Flavonoid dalam bawang merah dapat mengelakkan serangan kanser, penyakit jantung dan kencing manis.
- Bawang merah dikatakan penawar kepada kanser hati.
- Makan bawang merah akan meningkatkan keupayaan otak dan baik untuk menghindarkan penyakit nyanyuk.
- Mengamalkan bawang merah setiap hari dapat membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%.
- Bawang merah mengandungi sulfur yang membantu kulit untuk kekal muda dan mengurangkan masalah kedutan.
- Bawang merah umpama pembersih yang akan mencuci sistem pencernaan dan perut kita.
- Biji bawang berupaya untuk mengurangkan risiko BOTAK, hehe..
- Bawang dapat memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa dan tekanan darah.
- Bawang merah juga baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.
Begitulah serba sedikit info tentang bawang yang Patung Beruang amik dari majalah Rapi edisi 1 Disember 2009.
Hah, rupa-rupanya encik bawang ni banyak kebaikannya.. Jadi apa lagi, siapa2 yang tak makan bawang tu, cuba2lah makan ye.. Tapi bukanlah makan mentah2.. Kenalah masak dulu..
Friday, February 18, 2011
BookXcess :)
- Why Mars and Venus Collide
- P.S. I love u
- Empress Orchid - untuk lecturer kesayangan Patung Beruang
- Be careful what you wish for
- Heart of darkness - untuk adik Patung Beruang yang minat sangat dengan genre horror
- Think like a champion - karya Donald Trump yang harga diluar adalah RM109.90
Untuk 6 buah buku diatas, Patung Beruang hanya membayar RM109.40. Wow.. Berbaloi-baloi.. Nampaknya inilah stok bahan bacaan Patung Beruang untuk beberapa minggu ni, hehe.. Tak sabarnya Patung Beruang nak membaca buku2 tersebut. Selamat membaca :)
Thursday, February 17, 2011
Impian Itu ....
Tuesday, February 15, 2011
Zzzzzzzz....
- Ketika tido, badan kita akan direhatkan sebentar. Namun, ada beberapa bahagian pada otak yang tetap berfungsi antaranya hormon kortisol. Ia adalah salah satu hormon pada otak yang berkerja keras dari malam hingga pagi. Hormon ini mengawal emosi dan perasaan kita. Jadi, jika hormon ini terjejas, pasti kita tertekan dan mudah menangis.
- Tido juga memperbaiki serebral korteks iaitu bahagian otak yang bersangkut paut dengan kemampuan seseorang untuk mengingat, membayangkan dan meneliti setiap apa yang kita lakukan sebelum masuk tido.
- Tido awal digalakkan kerana ia akan menjana otak kita untuk berfungsi dengan lebih baik keesokkan harinya.
- Semasa tido, Human Growth Hormone (HGH) akan dirembes keluar. Hormon ini bertindak sebagai anti penuaan dan memperbaiki sel-sel tubuh. Maka, orang yg cukup tido, kulitnya berseri dan tidak kering.
- Kesukaran tido akan menyebabkan strok.
- Akibat kurang tido, otak akan rosak sedikit demi sedikit.
Itulah serba sedikit info yang Patung Beruang dapat kongsikan disini. Semua info tu Patung Beruang dapat dari Majalah Rapi, 1 Januari 2010.
Oklah, Patung Beruang pun dah tak larat ni. Nak tidolah kejap. Harap-harap lepas bangun tido nanti, segarlah dan sihatlah sikit badan ni. Zzzzzzzz....
Friday, February 11, 2011
Me and Mr Darcy - Part 2
Me and Mr Darcy - Part 1
Sunday, February 6, 2011
Bersyukurlah
About Me
- ilyana bustan
- A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...