Hari ini hari Rabu dan ini bermakna hanya tinggal 2 hari sahaja sebelum majlis yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini.
Honestly, kami sekeluarga sedang huru hara sekarang ini. All of us masih lagi bertungkus lumus di pejabat, menyelesaikan tugasan hakiki. Yang dah confirmed dapat cuti awal cuma Kak Chik dan Iman sahaja. Abg masih tidak pasti dan Patung Beruang pula hanya dapat cuti selepas majlis berlangsung. Itu pun tidak boleh lama sebab Patung Beruang ada Board Audit Committee meeting beberapa hari selepas itu.
Argh... Stressnya.. Huhu
Itu lah sebabnya sedaya upaya kami balik setiap minggu untuk menyelesaikan sedikit demi sedikit persiapan majlis.
Disebabkan faktor kekangan masa, banyak urusan yang kami terpaksa outsource. No choice. Kami tak cukup askar untuk buat semua perkara.
Semakin dekat dengan majlis, semakin berdebar pula Patung Beruang rasa. Yelah, ini majlis kahwin yang pertama dalam keluarga kami. Macam-macam bermain dalam fikiran ini. Takut, gementar, excited, semua ada.
Kad jemputan telah habis diedarkan. Alhamdulillah. Jemputan kami tak ramai pun. Hanya 300 orang sahaja dengan budget makanan 600 pax. Dari awal memang kami plan untuk make it as family event. Itu sebabnya kami sangat selective dengan tetamu yang bakal dijemput.
Tempat untuk majlis berlangsung pun sangat cozy. Sesuai untuk gathering sambil makan-makan. Niat kami agar tetamu yang datang boleh spend sebanyak masa yang mungkin untuk menikmati juadah dan juga beramah mesra sesama sendiri. Masa ini lah nak bertanya khabar, catch up on latest updates, mengeratkan sillaturrahim. Waktu biasa susah nak jumpa so use this time as opportunity untuk jalinkan ukhwah.
So far, persiapan yg masih in progress cuma goodies bag sahaja. Goodies dah siap tempah, tinggal nak repacking sahaja. Alhamdulillah, kami ada player import, hehe. Thanks to Kak La sebab jadi org pertama yg temankan kami repacking goodies itu masa hari sabtu lepas. Thanks to Murni sebab sanggup spend weekend di rumah kami semata-mata untuk bantu settle kan goodies tersebut. Coming soon, Amira pula akan join sekali. Alhamdulillah.
Ketika sedang uruskan persiapan, kami menerima tetamu yang pertama dan wedding gift yang pertama. Thank you so much buat Mak Ngah dan Kak La sebab sudi datang seminggu awal untuk meraikan majlis kami. Rasa tak puas duduk bersembang dengan these 2 awesome ladies. Beberapa jam berada di rumah kami, rasanya seperti sekejap sahaja, huhu.
Weekend ini going to be hectic weekend for us. Sabtu nikah dan resepsi, malam pula kami ada family dinner. Ahad pula majlis di pihak lelaki. Harapnya, semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang majlis, dipermudahkan urusan perjalanan majlis dan semua tetamu berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Aamiin.
Oklah, Patung Beruang rasa cukup dahulu sampai disini. Ada kesempatan, Patung Beruang akan menulis lagi ye, Insya Allah. Untuk mereka yang tidak menerima jemputan, Patung Beruang mohon maaf sangat-sangat. As I mentioned before, this is family event dan itu lah sebabnya kami buat secara tertutup dan hanya selected guest sahaja yang kami jemput...