Hari ini 6 June 2014, Jumaat. Pantas sungguh masa berlalu sampai adakalanya Patung Beruang berharap alangkah bagus jika masa ini dapat dihentikan buat seketika. Jam di laptop ini menunjukkan 6.26 petang. Ya Allah, dah petang dan hampir ke senja rupanya.
Hari ini di ofis Patung Beruang ada 5S Big Cleaning Day. Tapi, jujurnya tak nampak sangat pun Big Cleaning Day nya. Yang Patung Beruang nampak hanya beberapa orang je yang berkemas macam CIA kami HMN, Ain, Faizzal dan adalah beberapa orang lagi. Yang lain nampaknya sibuk dengan kerja masing-masing. Tak mengapa lah, semoga satu hari nanti mereka sempat juga berkemas sebelum audit 5S datang.
Bila sebut pasal Big Cleaning Day ni, Patung Beruang teringat Big Cleaning Day yang biasa GIA lakukan ketika Patung Beruang di TNB dulu. Disana, Big Cleaning Day bermaksud semua orang bergotong royong untuk mengemas, membersihkan dan membuat 5S di pejabat. Biasanya, coordinator akan bagi2kan tugas, ada yang kemas pantry, stor, rak2 file audit, surau, cubicle kerja dan juga kerja-kerja admin macam update File 5S, buat banner lah etc. Dan yang paling best, pakaian adalah kasual, makanan disediakan dan tak perlu mengadap kerja audit yang tak pernah2 nak habis tu, hehehe.. Tapi 1 hari je lah ye.. Semua orang berkerjasama termasuklah CIA sekali, sama-sama penat, sama-sama comot tapi at the end, sama-sama puas hati dan gembira sebab office tu akan bertukar wajah sama sekali.
Yup, antara perkara yang paling Patung Beruang rindukan adalah semangat kerjasama sesama staff dalam aktiviti 5S. Beza sangat sifat kerjasama yang Patung Beruang pernah jumpa masa di TNB dengan ketika di Pos ni. Hm.. Entahlah.. Patung Beruang tidak berani nak komen lebih-lebih. Mungkin culture 5S tu belum terlalu sebati pada staff disini. Yelah, Patung Beruang pun sering kali tidak 5S sekarang ni, huhuhu.. Malas? atau kerja yang bertimbun-timbun? or sebab orang lain tak buat? Adoi.. Banyaknya alasan :(
Pejam celik pejam celik, nampaknya tinggal 5 hari saja untuk Patung Beruang bekerja di Pos ini. In shaa Allah, Jumaat depan, 13 Jun 2014, ada lah hari terakhir Patung Beruang bertugas di Pos Malaysia. Macam tak percaya pula yang Patung Beruang akan tinggalkan syarikat ini. Syarikat yang banyak beri ilmu, pendedahan, pengalaman yang Patung Beruang tak pernah bayangkan. Nampak gayanya, memang dah tertulis jodoh Patung Beruang dengan Pos sampai disini sahaja. Apapun yang berlaku, walau sedih macam mana pun, Patung Beruang kena pergi. Patung Beruang tak sampai hati nak kecewakan CIA di tempat baru, dan yang paling Patung Beruang takuti, hubungan baik kami yang terjalin bertahun-tahun lamanya, akan terjejas hanya kerana Patung Beruang mungkir janji. Adoi.. Minta dijauhkan lah..
Memang kesian dengan IAD ini. Kesian dengan HMN, kesian dengan staff team Strategik. Tapi Patung Beruang yakin, siapa pun yang akan duduk di tempat Patung Beruang ini, pasti boleh buat strategic audit dengan lebih baik, boleh buat report strategic lebih gempak, dan boleh bagi idea-idea yang lebih bombastic pada Management, In shaa Allah. Yang penting, bagilah peluang pada dia untuk membuktikan kehebatannya. Dan bagilah masa untuk dia membuktikannya. Adatlah, baru-baru masuk, pasti akan ada kesukarannya. Yelah, macam Patung Beruang juga lah bila baru-baru join Pos ni. Nak suaikan diri dengan environment, dengan bos, dengan team, dengan client, dengan audit style yang berbeza, dengan report style yang berbeza, macam-macam lah. Tapi, selagi kita anggap pekerjaan kita itu satu ibadah, In shaa Allah, kita akan buat yang terbaik.
Dalam hati ini rasa takut juga. Tak dapat Patung Beruang nak bayangkan apa yang akan terjadi pada minggu depan, minggu terakhir Patung Beruang disini. Sebelum pergi, Patung Beruang kena hantar 3 benda pada HMN, report Assurance, analysis MO dan proposal untuk Bagasi Hj. Ya Allah, permudahkan lah dan lancarkan segala urusanku untuk menyiapkan ketiga-tiga pekerjaan ini, dan juga segala pekerjaan lain yang perlu akau selesaikan selama aku disini, Amin....